Pages

Thursday, April 26, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Pasrah

Ya ALLAH kenapa jantung aku tidak pernah berhenti berdegup tatkala melihat dirinya online di facebook. Kuatkan aku. Aku sudah bersuami. Sudah mempunyai anak dan bakal menimang cahaya mata kedua. Tidak Ya ALLAH. Dia bukan milik aku dan tak akan pernah menjadi milik ku. Semua itu sudah menjadi kenangan. Aku tak harus menyesal dengan jodoh yang KAU tetapkan buatku. Pasti ada hikmah. Aku pernah jatuh cinta padanya, tapi itu dulu. Bawalah dia jauh dariku.

Tuesday, April 10, 2012

Story Mory Little Princess


Sambutan hari lahir Aisy Yusrina just sambut kat rumah Che' Ngoh jer. Itupun Papa, Mama & K.Amirah tak dapat datang sebab takut demam kena hujan. It's ok. Birthday tetap jalan walaupun Che' Ngoh tidur awal. Ahaks! Nasib baik tak beli kek, kalau tak sapa nak makan? Hehe.. Malam tu sempat order Pizza jer! Celebrate dengan Pizza Hut. Birthday girl plak makan sup cendawan yang lain mak bapak habiskan keh keh keh..

hadiah dari Abi, Che' Ngoh & K.Amirah

Esoknya kitaorang berjalan sakan. Bawak budak kecil ni happy-happy sikit. Hari lahir dia Abi dia kena OT. Hehe sedih tu :D So, Abi dia bawaklah pergi shopping. Ish! Dah tahu orang nak cari hadiah, sedar tak sedar pampers dah penuh. Habis baju dan seluar. Baju spare tak bawak, nasib baik duk area pakaian kanak-kanak. Ambil kat situ jer semua lengkap. Kira hadiah hari lahirlah tu. Huhu.. Harap Che' Ngoh jer beli hadiah yang special sikit.

special pose by birthday gurl

Papa, Mama & K.Amirah lambat sikit datang. Kitaorang dah nak gerak balik baru diorang sampai. Itu pun nak juga diorang datang jumpa kat Giant, Batu Caves. Then, berpatah balik ke rumah Che' Ngoh untuk solat maghrib. Seronoklah birthday girl ni jumpa kakak kesayangan dia. Lepak jap sambil layan Anugerah Bintang Popular. Rasa cam dah penat. Kami ambil keputusan untuk pulang lebih kurang jam 9.30pm.. Letih tapi seronok :D

Saturday, April 7, 2012

Selamat Hari Lahir Puteriku!

SeLaMaT HaRi LaHiR aNaK kU!!

Sedar tak sedar hari ni dah 2 tahun usia Aisy Yusrina. Diam tak diam hampir 3 tahun usia pernikahan aku. Cepat masa berlalu dari saat, minit, jam, hari, minggu, bulan & tahun bertukar ganti. Aku pun pejam celik pejam celik dah nak masuk 29th. La, yeke? aku cam rasa still remaja jer ahaks! Cam nak masuk 19th pun ada. The time dah 10th aku bazirkan masa aku. Kalau tiba-tiba nyawa habis kat sini rasanya banyak benda lagi nak buat. Macam tak cukup jer. ALLAH HU AKBAR..





Bercerita pasal Aisy Yusrina ni, demam dia masih ada lagi. My hubby pun turut demam juga. Demam hari sabtu agaknya. :D Aku plain nak kuar malam ni raikan hari lahir anak aku ni. Kalau setahun dulu rasa cam tak elok nak bagi makan benda manis. Ha masuk 2 tahun, gigi pun dah penuh. Aku fikir nak order kek secret recipe and makan kat umah mama dia. Tapi bukan aku yang belanja. aku nak penuhkan saham akhirat buat Aisy Yusrina. Semoga berkat menjadi sri kandi dunia dan akhirat.

Kek Secret Recipe

Doa Memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya."

doa ibubapa kepada anak
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa Mohon Zuriat yang Baik, surah Ali-Imran (ayat 38)
doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."

Doa Anak Kerjakan Solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." Surah Ibrahim (ayat 41).

Doa Anak Taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
doa minta keturunan yang baik
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua, orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." Surah Al-Baqarah (ayat 2:128).

Doa Diberi Zuriat Menyejukkan Mata Memandang, surah Al-Furqan (ayat 74).
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." Surah Al-Furqan 25 (ayat 74)

Doa Anak Pandai Belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79)
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua). Kami berikan nikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Surah Al-Anbiya (ayat 21:79).

Doa Anak Lembut Hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
sura al hashr ayat 22
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ayat 22.

surah al hashr ayat 23
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan), Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya, Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada), Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya). BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baikNya dan semulia-muliaNya, bertasbih kepadaNya segala yang ada dilangit dan dibumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (ayat 24).

Doa Anak Rajin Sekolah, surah Taha (ayat 1-5)
Taha

surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan

doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.

doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

doa ibubapa pada anaknya





Wednesday, April 4, 2012

Hidangan Hari Ini

Makan tengahari nak buat apa yer! Aisy Yusrina dah merengek kelaparan. Apa ada dalam peti sejuk tu? Hmm.. Nasi Putih semalam ada lagi. Perangat jer la. Dalam peti ais ni ada ikan keluarkan jer dulu. nanti fikir. Apa kata, aku wat singgang ikan, lagipun tengok my princess makan rumah tok dia ari tu bukan main lagi berselera. Boleh juga goreng ni. Buat dua-dua lah. Ha, kalau dah buat singgang tak sah tak letak bendi sedap gak ni.. Tambah lagi ada sambal belacan. Yess!! menjadi lauk aku hari ni yummy. Ahaks!

Nasi Putih

Singgang Ikan

Ikan Goreng

Sambal Belacan

Wow hidangan tengahari yang cukup masyuk. Hehe sampai aku kekenyangan tahap gabang ni =) Si kecik plak tak bangun lagi, sedap lah aku duk meratah sorang-sorang. Nampak gaya my hubby tak perlu susah-susah belikan aku makan malam ni. Hope dia belikan untuk dia jer! Nak call dia tak ada kredit plak. Hmm! Tak apalah kalau dia belikan juga boleh buat sahur esok. Insya-Allah. Lagipun suamiku sorang tu lain sikit, dia bukan makan singgang ni. Rugi tul ekeke..