Pages

Wednesday, September 19, 2012

Hikmah Sabar & Bersyukur

Tengahari ni terima mesej dari tuan rumah. Katanya rumah dah 2 bulan tak berbayar termasuk cost api & air. Terkejut aku dibuatnya sedang suami menyatakan yang dia dah pun clear semua. When tuan rumah check dengan bank memang betul tertunggak. Allah, bagaikan batu terhempap ke kepala aku sering tertipu dengan suami yang tak pernah jujur. Sepanjang pernikahan sekalipun dia tak pernah bercakap jujur dengan aku.



Perlu ke aku bertahan dengan hubungan ni? Sedangkan hati aku semakin tawar. Dia langsung tak menunaikan tanggungjawabnya pada aku dan anak sewajarnya. Berkali-kali aku cuba menahan amarah ku. Aku dah cuba berbincang denganya tapi saat ini hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Semua masalah aku terpaksa tempuhi sendiri sedang dia lena dengan tidurnya dan enak dengan makannya.


Semoga aku mampu menjadi isteri yang solehah yang boleh mengubah dirinya. Dan semoga aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat-MU, YA ALLAH. Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH sedang yang buruk adalah pilihan aku sendiri. Agar aku mampu mendidik anakku menjadi seorang insan yang jujur dan amanah dengan setiap langkah hidupnya. Cukuplah aku sebagai mangsa dunia.

Friday, September 14, 2012

Ready To Go - KEDAH DARUL AMAN

Sedikit malas untuk buat persiapan. Malam ni follow my bro & sis. Tajuk atas tu saja nak naik kan semangat untuk berkemas. Jauhnya adik aku pilih pasangan dia. Apa lagi aku nak catat kat sini. Anyway, anak gadis aku belum bangun lagi. Rasanya tak masak hari ni sebab hubby balik karang terus kita orang (pinjam bahasa kakak ipar :D) ke rumah kakak. Makan luar lah. Tapi pagi ni pun tak buat apa tunggu anak gadis bangun & keluar cari makanan. Tu jer :(