Pages

Monday, September 30, 2013

ZAMAN KOLEJ DAN KAMPUS

Part 2

Walaupun keputusan peperiksaan agak teruk namun saya masih ditawarkan untuk menduduki tingkatan 6. Oleh kerana minat untuk bersekolah sudah hilang saya memutuskan untuk menolak tawaran tersebut. Beberapa bulan selepas itu saya menerima satu lagi tawaran untuk melanjutkan pelajaran di KUSZA (Kolej Agama Sultan Zainal Abidin) yang kini dikenali sebagai UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin). Alhamdulillah bertapa bersyukurnya kerana saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang INTRADE (International Trading) yang sememangnya itulah impian saya ketika kanak-kanak lagi.

Pertama kali menjejaki alam kampus semangat saya berkobar-kobar. Misi kemenara gading tercapai dan saya semakin bersemangat sewaktu induksi bersama senior dikampus. Semester pertama berjalan dengan baik. Namun tidak lama tatkala masuk ke semester kedua perasaan dan keinginan saya sudah mula down. Kami diberitahu yang Bidang Perdagangan Antarabangsa telah dibubarkan kerana pelajar dibidang itu hanya 3 orang sahaja.

Fikiran saya kosong kerana tiada satupun bidang yang ditawarkan menarik perhatian saya. Ketika itu juga perjalanan bagaikan terhenti. Saya ibarat ditolak masuk kebidang yang saya sendiri meletakkan diri saya cukup asing disitu. Itu betul terjadi bila saya menerima surat dari pihak kolej yang saya sudahpun diberhentikan. Pertama kali juga saya bersua dengan kegagalan.

Selepas satu tahun berlalu saya masih merasa gagal, tidak tahu apa yang saya mahu dimasa depan. Selepas itu saya terbaca dikeratan akhbar tentang UPUM (Unit Perundingan Universiti Malaya) - Universiti pertama di Malaysia. Saya memohon untuk masuk dan saya dapat masuk! Tapi saya perlu bermula semula seperti tahun pertama dikampus. Kena melalui orientasi kembali, berkenalan dan sebagainya. Walaupun agak leceh namun saya tetapkan hati untuk tidak berhenti separuh jalan.

Menjadi seorang yang peramah dalam kelas, saya dipilih menjawat jawatan Penolong Biro Agama. Jadual semakin padat dan rehat juga terhad. Emosi pula semakin terganggu pantang salah dan silap amarah akan keluar. Pada masa yang sama saya juga bekerja separuh masa memandangkan saya di ibu kota perlu berdikari sendiri. Waktu itu agak mencabar bagaimana saya mendapat tenaga untuk menjalani setiap hari saya.

Pada tahun 2003, saya menyambung pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa dalam bidang Teknologi Maklumat. Pertama kali mendaftarkan diri tanpa seorangpun keluarga menemani. Saya menjadi seorang yang cukup pendiam dan kurang bergaul. Sekali lagi pengalaman dengan perasaan berbeza dimana pihak kolej menyewa dibangunan bekas kilang. Saya dan kawan-kawan hanya tinggal setahun diasrama yang disediakan kemudian berpindah asrama dibangunan kolej dan kemudian terpaksa mencari rumah sewa kerana tempat terlalu terhad dan kecil.


Tidak lama disitu kami sekali lagi perlu berpindah ketempat yang lain pula disebabkan pihak kolej mendapat tempat yang lebih selesa untuk belajar. Rasa macam kaum nomad pun ada yang terpaksa berpindah randah untuk menternak sebaliknya kami untuk mendapatkan ILMU. Terlalu banyak jurang menuju 'KEJAYAAN' yang perlu saya harungi!

Jadi, Boleh kita katakan bahawa masa "NAIK", masa "HEBAT", masa "SERONOK", masa "SUKAR" dan masa "JATUH" sebagai pengalaman? Satu perkara yang pasti masa depan kita tidak akan pernah sama kerana jurang laluan juga berbeza. Ketika zaman kanak-kanak saya pernah terbaca buku BERANI GAGAL karangan Billi Lim dan sekali lagi saya ternampak buku DARE TO FAIL karangan beliau yang mana saya beli tapi tidak baca.

Sebelum meninggalkan kampus saya putuskan untuk menjadi terbaik diluar sana. Ketika itu tahun 2007. Saya tamat belajar dalam bidang Teknologi Maklumat. Saya cukup yakin untuk mendapat kerja yang bagus disektor kerajaan mahupun swasta. Namun sebaliknya saya menganggur kerana tiada pengalaman bekerja.


Seorang jutawan pernah berkata di dalam ceramah beliau ..
“Hari ini, jika anda ada diploma atau ijazah, ianya TIDAK akan JAMIN anda menjadi KAYA, paling hebat, ianya sekadar menjamin agar anda TIDAK MISKIN dan mati kelaparan.”