Pages

Wednesday, October 9, 2013

KEGAGALAN

Terlalu banyak buku dalam pasaran hari ini yang berbicara tentang kejayaan. Bagaimana hendak berjaya, Bagaimana untuk bermula, dll.. Dalam pengetahuan saya sehingga sekarang, sedikit perlu digarap melalui subjek kegagalan. Saya fikir sebab kenapa ia tidak disentuh adalah kerana program masyarakat yang menghindari sifat kegagalan itu sendiri. Kita pandang sebelah mata kepada mereka yang berada dibawah dan bersua dengan kegagalan.

Kita hanya 'mengerling' dengan pandangan berbeza. Kegagalan bagaikan pantang buat kita. Kita akan pastikan mereka yang berjaya disekeliling kita. Kita letakkan nilai yang tinggi pada "kejayaan" tapi sikit atau tiada nilai pada "kegagalan". Adakah ia sedikit atau tiada nilai langsung dalam "kegagalan"? Jika begitu, kenapa orang yang berjaya perlu lalui semua keadaan hidup yang rumit sedangkan mereka mempunyai masa depan dengan hanya membaca - kesukaran, kegagalan mereka menderita, kejayaan mereka akhirnya muncul?

Saya boleh katakan bahawa kegagalan yang terbaik sebenarnya melahirkan seorang yang berjaya! Ada sesetengah sahaja dari kita. Seorang yang berjaya yang tidak putus usaha dan menghadapi kegagalan hidup. Dalam erti kata terlalu ramai yang ingin berjaya, yang saya juga boleh sifatkan bahawa nilai kegagalan merupakan yang terbaik berbanding kejayaan. Tapi alamak! Ramai antara kita tidak nampak jalan itu, kita hanya fikir kemenangan dan kemenangan setiap masa.



Sikap ini boleh didefnisikan melalui kata-kata oleh seorang jurulatih terbaik America , Vincent Lombardi :-

"Winning is not a sometime thing, it is an all-the-time thing".

Saya fikir tidak salah apa yang dikatakan Mr. Lombardi kerana saya tahu apa yang cuba disampaikan tapi masyarakat yang mentafsirkan sebaliknya. Saya percaya apa yang ingin diperkatakan adalah seperti ini :-

"Kejayaan dan kegagalan bukanlah perkara sekali sekala,
kejayaan dan kegagagalan adalah perkara setiap masa."

Kejayaan dicapai disaat yang cukup mengagungkan dan kita mulai lupa untuk pelajari dari kegagalan bila kita sudah menjadi pemenang terbaik! Pemenang terbaik atau kejayaan sendiri adalah sangat merbahaya kerana ramai yang mencuba dan merasa gagal sangat teruk bila mereka mengalah pada kegagalan dan tidak mahu mencuba lagi.

Kita sudah banyak membaca buku berkenaan seseorang yang berjaya mengatasi pelbagai kegagalan. Pemuda dan pemudi yang berani mencuba tetapi seringkali gagal menguasai kesilapan mula berputus asa dan tiada keyakinan. Ini bukan penyebab mereka tidak boleh melalui kegagalan itu tetapi masyarakat yang memburukkan mereka dari melaksanakan tanggungjawab dengan meletakkan "dinding" untuk menghukum golongan ini, mereka tiada pilihan melainkan "melupakan" impian!



Kita juga pernah mendengar ayat seperti ini :-

"Berikan saya 10 orang kalah dan saya akan
pulangkan kepada anda 10 orang yang berjaya."

Pada saya, apa saya fikir anda akan mendapat balik 10 orang yang berjaya tetapi kalah, bukan 10 orang yang berjaya cemerlang. Suatu ketika dulu saya pernah melihat persembahan yang agak bagus atau teruk sebuah pertandingan bola sepak antarabangsa melalui kaca televisyen. Perlawanan diantara Manchester United vs Liverpool. Saya jarang lihat kekalahan pasukan gergasi dunia iaitu MU kepada Liverpool. Ia kelihatan seperti jika anda bersumpah dan berjanji sekiranya anda gagal kemudian anda mempunyai potensi untuk menjadi pemenang terbaik. 

Saya fikir apa yang terbaik mereka boleh menjadi pemenang yang teruk bukan pemenang terbaik dan tentu sekali bukan pemenang cemerlang. Saya percaya, pemenang terbaik bakal muncul - seseorang yang faham apa kegagalan sebenar! Seperti kata-kata ini :-

"Berikan saya 10 orang gagal yang faham maksud kegagalan dan saya akan pulangkan kepada anda kembali 10 orang yang berjaya cemerlang!"

Mungkin luar dari konsep maksud "kejayaan" sebenar. Ramai orang bekerja keras untuk sebuah kejayaan tetapi tidak ramai yang menyelami nilai kegagalan. Jika anda memperoleh sebongkah emas, anda seorang yang berjaya. Jika tidak, anda masih gagal.



Jika anda mendapat ijazah, maka anda seorang yang berjaya. Jika tidak, anda seorang yang gagal. Jika anda selesai berurusan, anda adalah seorang yang berjaya. Sebaliknya jika tidak, anda seorang yang gagal. Jika anda mendapat kerja, anda seorang yang berjaya. Namun jika tidak, anda seorang yang masih gagal. Jika anda berusaha untuk dapatkan seorang wanita, anda seorang yang berjaya. Seandainya tidak anda seorang yang gagal.



Seseorang perlu mencapai "kejayaan" dari hari ke hari sebagai satu perjalanan yang progresif untuk tujuan memanfaatkan matlamat. Bagi saya itu juga salah satu definisi terbaik kejayaan. Tapi apa yang saya hendak fokuskan disini tentang sebahagian dari kegagalan dalam perjalanan. Adakah benar ia sangat teruk? Dalam perjalanan hidup sebenar, kita selalu fikir sinaran mentari adalah bagus - penyamaan dengan kejayaan, dan hujan adalah teruk dikaitkan dengan kegagalan.

Kebanyakkan dari kita tidak sukakan hujan. Kita akan lebih memilih sinaran matahari. Kita akan lebih memilih masa yang bagus berbanding yang teruk. Tapi benarkah masa yang bagus itu sebenarnya bagus? Atau masa yang teruk itu sangat teruk? Benarkah masa senang sangat baik? Adakah masa susah terlalu menakutkan? Apa yang bakal terjadi jika kita dedahkan diri kepada sinaran matahari setiap hari? Kita akan terkena selaran matahari (kulit yang terbakar akibat terkena sinaran matahari berlebihan) atau merana akibat serangan kanser kulit!

Sekarang apa terjadi jika kita dedahkan diri kepada hujan setiap hari? Kita akan dapat penyakit paru-paru dan mungkin mati kesejukkan. Kelihatan kedua-duanya tidak nampak memberi jawapan. Kita sudah tahu bagaimana kedua-duanya boleh memberi manfaat. Seperti kata seorang ilmuan,

"Musim panas adalah keenakkan, hujan adalah menyegarkan, angin adalah menguatkan, salji adalah kegembiraan; tiada perkara yang mempengaruhi cuaca buruk, hanya perbezaan cuaca yang bagus."

"Sesuatu yang bagus selalu datang dari sesuatu yang buruk."

Tuesday, October 8, 2013

KEMBALI BEKERJA DIBAWAH ORANG

Apabila perniagaan jatuh, saya merasa sangat malu. Saya mula berfikir ingin mengembara sebabkan saya tidak "ada muka" untuk bersua dengan masyarakat. Kebetulan saya tidak bersedia untuk mulakan segalanya. Saya mula melihat apa yang saya boleh buat. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memohon kerja. Bayangkan, seorang yang sering memberi nasihat kepada orang lain untuk "menjadi bos sendiri", pelatih keusahawanan, memohon kerja dan juga bekerja untuk orang yang bekerja dengan orang lain juga.

Saya memohon kerja yang berbeza dari perniagaan. Dan saya dapat - posisi sebagai pembantu khidmat pelanggan di syarikat yang mengeluarkan produk dapur ke syarikat-syarikat besar. Dengan bayaran yang agak bagus dari mana-mana syarikat yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Hidup semakin selesa. Saya bersua dengan orang yang berbeza dari pelbagai sektor. Kadangkala dalam beberapa ketika "tiang" itu sendiri yang muncul.

Tepat sekali dua bulan selepas saya bermula untuk menimba pengalaman. Saya sudahpun bersedia untuk mulakan sendiri lagi sekali. Dimana saya telah menemui "sifu" yang telah lama saya tidak hubungi. Perlahan-lahan saya menonjolkan diri sedikit sebanyak menimba ilmu dari beliau. Alhamdulillah sepertimana beliau dulu, walaupun sudah dikategorikan sebagai yang berjaya beliau tidak "lokek" berkongsi apa sahaja. Benar jika ilmu dikongsi maka bertambahlah pengetahuan dikedua-dua belah pihak.

MENGHENTIKAN HALANGAN MENTAL
Saya mula membuktikan bagi menjadikan pemikiran adalah satu cabaran hidup. Saya telah pergi ke pasar dimana saya sendiri melihat masalah komunikasi, masalah diri , masalah pemasaran dll.. dsb.. Dalam waktu ini saya mula bangkit dan yakin serta faham apa itu kegagalan sebenar. Saya mula belajar dari kesusahan dan kesukaran hidup yang datang dengan menukarkan kepada iktibar yang perlu diambil dimana saya tidak perlu takut dengan apa keadaanpun. Saya perlu menghadapi kegagalan! Saya perlu berani gagal.

Thursday, October 3, 2013

PERNIAGAAN “TERCIPTA”

Untuk beberapa bulan saya terpaksa memohon kerja tapi tidak dapat. Teman lelaki meninggalkan saya! Tidak dapat kerja saya masih boleh terima tapi hubungan ini gagal adalah sesuatu yang saya tidak bersedia. Emosi saya terganggu tahap ‘gabang’. Saya sendiri boleh merasai hati terluka teruk. Saya tidak dapat tidur lena sehingga berbulan-bulan.

Ketika itulah saya dapat lihat keluarga cukup ambil peduli tentang kesihatan saya. Beberapa kali juga saya cuba untuk menarik perhatian dia sekali lagi supaya kembali pada saya semula. Saya lakukan tanpa putus asa. Dalam kata lain saya cukup rapat dengan adik perempuannya dan dia bertindak sebagai ‘spy’ saya.
Satu hari ‘spy’ saya melaporkan perkara yang cukup menyakitkan dalam hidup saya. 

Dia memberitahu yang teman lelaki saya akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Apa yang saya dah lakukan? Adakah saya seteruk itu? Saya dah lakukan yang terbaik untuk kekalkan hubungan. Sampai hari ini, saya masih tidak tahu kenapa dia tinggalkan saya. Adakah kerana saya gagal untuk dapatkan kerja?

Kakak dan adik perempuan merupakan penyumbang utama modal perniagaan. Secara automatic mereka dilantik menjadi rakaniaga. Kami telah meletakkan diri kami sebagai pemilik perniagaan bersama walaupun modal rendah. Kami memandang tinggi perniagaan kami dimasa hadapan. Kami bermula dengan produk kesihatan dan kecantikkan.

Kami langsung tidak tahu tentang akaun, kewangan atau pemasaran. Apa yang kami tahu, kami perlu lakukan – jual dan masukkan barang baru. Selepas sebulan, kami kekurangan wang untuk pusingan modal. Pelanggan tetap juga tiada. Akhirnya kami putuskan untuk berhenti dan jalani hidup seperti sediakala.

Apapun, saya dapat pelajari melalui pengalaman hidup yang sukar ketika kanak-kanak, gagal dalam permohonan kerja, gagal pertahankan hubungan dan gagal dalam perniagaan. Saya mula bertanya dan pertikaikan “Kenapa saya?” Beberapa tahun berlalu ada seorang bertanyakan saya bagaimana saya melalui semua itu.

Sebenarnya, ketika itu semua ini tidak mudah untuk saya. Saya ambil yang buruk dan baik serta pelajarinya semula. Seperti apa yang saya lakukan sekarang. Mungkin sesuatu yang ALLAH S.W.T ingin tunjukkan tapi saya masih belum nampak. Sesuatu yang dipanggil 'hint'. Apa yang perlu saya lakukan adalah share dengan anda bagi mengeluarkan potensi diri sendiri.