Pages

Saturday, April 19, 2014

Kegagalan Sebagai Pencetus Semangat

Mengusahakan perniagaan kecantikan dari rumah tidak akan terlepas dari mengalami perasaan kecewa dan kegagalan.  Ini lumrah...kekadang apabila di landa masalah dalam perniagaan, anda terasa terlalu terbeban dan perlu di luahkan segera.
Terima lah segala kritikan dan pandangan dengan tenang. Buat analisa kpd setiap kritikan dan lakukan perubahan segera utk setiap kritikan yg bernas TAPI jangan pula patah semangat jika menerima kritikan yg menyakitkan hati.
Selalunya kritikan yg tak berapa sedap nak dengar datang dari mereka yg begitu dekat dengan kita...itu cabaran. Jangan mudah patah semangat, tunjukkan kpd mereka, ini diri anda yg baru, dan anda kini mengatur langkah menjadi usahawan yg berjaya. BUKTIKAN bukan hanya dari PERKATAAN tapi juga dengan PERBUATAN.
Di sini lah anda perlukan mentor / rakan di percayai utk berbicara dan berkongsi cabaran, agar anda tenang kembali dan minda mampu menjana idea hebat utk menggandakan usaha menjadikankegagalan sebagai pencetus semangat.
Tidak salah utk merasa kecewa tetapi INGAT, jangan terlalu lama melayan perasaan kecewa sehingga bisnes anda lumpuh!

No comments:

Post a Comment