Pages

Tuesday, August 16, 2016

RESEPI : TOM YAM THAI ASLI

BAHAN-BAHAN PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.
    5 biji bawang merah. 
    2 biji cili merah. 
    5 biji cili kering. 
    1 inci lengkuas.
    2 batang serai.
    1 sudu udang kering. 
    3 helai daun limau purut. 
    1 inci belacan (yang telah dibakar).
    Gula, garam dan air asam jawa. 
      BAHAN-BAHAN UNTUK SUP TOM YAM THAI ASLI.
        1/4 ekor ayam yang telah dipotong-potong. 
        3 ekor sotong. 
        5 ekor udang (sebaik-baiknya udang yang sederhana besar) 
        1 ulas bawang besar (dipotong enam) 
        5 ulas bawang putih (yang telah diketuk) 
        1 inci lengkuas (yang telah diketuk) 
        2 batang serai (diketuk juga) 
        1/2 batang lobak merah dan bunga kobis. (terpulang kepada apa jenis lain yang ingin anda tambah) 
        1 biji tomato (dibelah empat)
        4 @ 5 helai daun limau purut. 
        1 sudu besar perencah tomyam atau lebih. 
        1 sudu besar sos ikan.
        2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja.
        3 sudu susu cair. 
        cili padi 
        garam 
        daun ketumbar
        Air secukupnya untuk membuat sup.
          CARA-CARA MEMBUAT PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.

          Kisarkan semua baha-bahan di atas dengan air yang sedikit sahaja. Air asam jawa, garam dan gula JANGAN dikisar bersama dengan bahan-bahan di atas. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga baunya naik. Selepas itu boleh lah di masukkan garam, gula dan air asam jawa. Garam dan gula di masukkan sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda.Biarkan semua ramuan tersebut masak secukup rasa hingga menjadi pes. Setelah siap sejukkan dan anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk.

          CARA-CARA MEMBUAT SUP TOM YAM THAI ASLI.

          Rebuskan ayam anda yang telah dipotong tadi dengan air selama beberapa minit. Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih, serai dan lengkuas. Kemudian masukkan udang, sotong, tomato dan semua sayur-sayuran yang terdapat dalam bahan di atas. Akhir sekali masukkan pes tom yam, sos ikan, jus limau nipis dan garam mengikut citarasa anda. Kacau semua bahan tersebut hingga serata semuanya. Setelah ayam empuk dan kesemua bahan telah masak sepenuhnya anda boleh memadamkan api. Akhir sekali barulah di masukkan susu cair dan taburkan daun ketumbar di dalamnya.