Pages

Showing posts with label Aisy Yusrina. Show all posts
Showing posts with label Aisy Yusrina. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Makanan Seimbang Untuk Kanak² 1-6 Tahun

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan. 

1. Piramid Makanan 

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula 
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang 
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan 
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 

a) Nasi dan gantiannya 
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda. 

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit. 

c) Ikan, daging dan gantiannya 
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka. 

d) Susu dan hasil tenusu 
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. 

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun 

Kumpulan Makanan

Pilihan Satu Sukatan


Bilangan Sukatan Sehari

1 – 3 tahun

4 – 6 tahun

Nasi dan gantiannya

½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi

6

8

Susu

1 gelas

2 – 3

3

Ikan dan gantiannya

½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur

2

2

Sayur-sayuran

2 sudu makan

2

2

Buah-buahan

1 potong atau satu biji

1



2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun 
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung. 

3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun 

Sarapan pagi 
· 1 gelas susu 
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem 

Minum pagi 
· 3 keping biskut 
· ½ gelas minuman bersusu 

Makan tengahari 
· ½ cawan nasi 
· 1 ketul ayam goreng kicap 
· 2 sudu makan sayur 
· Air masak 

Minum petang 
· 1 keping kuih 
· 1 potong buah 
· ½ gelas minuman bersusu 

Makan malam 
· 1 mangkuk mihun sup 

Minum malam 
· 1 gelas susu 


4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun 

Sarapan pagi 
· 1 cawan mihun goreng 
· 1 gelas minuman bersusu 

Minum pagi 
· 3 keping biskut 
· 1 gelas minuman bersusu 

Makan tengahari 
· 1 cawan nasi 
· 1 ketul ayam masak merah 
· 2 sudu makan sayur 
· 1 potong buah-buahan 
· Air masak 

Minum petang 
· 2 keping kuih 
· 1 gelas minuman bersusu 

Makan malam 
· 1 cawan bubur nasi campur ikan 
· Air masak 

Minum malam 
· 1 gelas susu 

Bila anak anda tidak berminat untuk makan….. 

· Tarik minat anak anda terhadap makanan 

· Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu 

· Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan 

· Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan 

· Sediakan makanan yang menarik 

· Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik 

· Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk 

· Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik 

· Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas 

· Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan 

· Elakkan memarahi anak anda semasa makan 

· Jangan ugut anak anda untuk makan 

· Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak 

· Galakkan anak anda makan sendiri 

· Makanlah bersama-sama 

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula. 

Beri makanan ringan yang berkhasiat 

Makanan ringan yang digalakkan 
· Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor 

Makanan ringan yang tidak digalakkan 
· Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap 

Vitamin Tambahan 
· Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan. 

Pengawasan berat badan anak anda 
· Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. 

Penambahan berat badan yang memuaskan 
· Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan. 

Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik 

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan 
· Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera. 

Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran 

Petua 
· Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan. 
· Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan 
· Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
· Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa 
· Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya. 

di petik dari : http://www.anakku.net.my/

Tuesday, April 30, 2013

Sinaran PASSPORT Kegemilangan


Siap sudah passport percutian ke China. Tajaan mama (ibu susuan Aisy Yusrina) sempena hari lahir awal bulan april 2013 yang lepas. Ibu saudara dia yang sorang lagi menaja pakaian yang akan dipakai ketika berada di China nanti (LongJohn & Mapla). Nampak gaya kami berdua akan meninggalkan Abi (panggilan untuk hubby) seorang diri buat seketika sekitar seminggu. Hope semua berjalan lancar. Nervous coz tak  tau lagi cuaca disana macam mana. Anggaran suhu 16'C - 13'C. Dengar kata suhu tak menentu dan sebagainya.

Tuesday, April 10, 2012

Story Mory Little Princess


Sambutan hari lahir Aisy Yusrina just sambut kat rumah Che' Ngoh jer. Itupun Papa, Mama & K.Amirah tak dapat datang sebab takut demam kena hujan. It's ok. Birthday tetap jalan walaupun Che' Ngoh tidur awal. Ahaks! Nasib baik tak beli kek, kalau tak sapa nak makan? Hehe.. Malam tu sempat order Pizza jer! Celebrate dengan Pizza Hut. Birthday girl plak makan sup cendawan yang lain mak bapak habiskan keh keh keh..

hadiah dari Abi, Che' Ngoh & K.Amirah

Esoknya kitaorang berjalan sakan. Bawak budak kecil ni happy-happy sikit. Hari lahir dia Abi dia kena OT. Hehe sedih tu :D So, Abi dia bawaklah pergi shopping. Ish! Dah tahu orang nak cari hadiah, sedar tak sedar pampers dah penuh. Habis baju dan seluar. Baju spare tak bawak, nasib baik duk area pakaian kanak-kanak. Ambil kat situ jer semua lengkap. Kira hadiah hari lahirlah tu. Huhu.. Harap Che' Ngoh jer beli hadiah yang special sikit.

special pose by birthday gurl

Papa, Mama & K.Amirah lambat sikit datang. Kitaorang dah nak gerak balik baru diorang sampai. Itu pun nak juga diorang datang jumpa kat Giant, Batu Caves. Then, berpatah balik ke rumah Che' Ngoh untuk solat maghrib. Seronoklah birthday girl ni jumpa kakak kesayangan dia. Lepak jap sambil layan Anugerah Bintang Popular. Rasa cam dah penat. Kami ambil keputusan untuk pulang lebih kurang jam 9.30pm.. Letih tapi seronok :D

Saturday, April 7, 2012

Selamat Hari Lahir Puteriku!

SeLaMaT HaRi LaHiR aNaK kU!!

Sedar tak sedar hari ni dah 2 tahun usia Aisy Yusrina. Diam tak diam hampir 3 tahun usia pernikahan aku. Cepat masa berlalu dari saat, minit, jam, hari, minggu, bulan & tahun bertukar ganti. Aku pun pejam celik pejam celik dah nak masuk 29th. La, yeke? aku cam rasa still remaja jer ahaks! Cam nak masuk 19th pun ada. The time dah 10th aku bazirkan masa aku. Kalau tiba-tiba nyawa habis kat sini rasanya banyak benda lagi nak buat. Macam tak cukup jer. ALLAH HU AKBAR..





Bercerita pasal Aisy Yusrina ni, demam dia masih ada lagi. My hubby pun turut demam juga. Demam hari sabtu agaknya. :D Aku plain nak kuar malam ni raikan hari lahir anak aku ni. Kalau setahun dulu rasa cam tak elok nak bagi makan benda manis. Ha masuk 2 tahun, gigi pun dah penuh. Aku fikir nak order kek secret recipe and makan kat umah mama dia. Tapi bukan aku yang belanja. aku nak penuhkan saham akhirat buat Aisy Yusrina. Semoga berkat menjadi sri kandi dunia dan akhirat.

Kek Secret Recipe

Doa Memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya."

doa ibubapa kepada anak
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa Mohon Zuriat yang Baik, surah Ali-Imran (ayat 38)
doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."

Doa Anak Kerjakan Solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." Surah Ibrahim (ayat 41).

Doa Anak Taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
doa minta keturunan yang baik
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua, orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." Surah Al-Baqarah (ayat 2:128).

Doa Diberi Zuriat Menyejukkan Mata Memandang, surah Al-Furqan (ayat 74).
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." Surah Al-Furqan 25 (ayat 74)

Doa Anak Pandai Belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79)
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua). Kami berikan nikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Surah Al-Anbiya (ayat 21:79).

Doa Anak Lembut Hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
sura al hashr ayat 22
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ayat 22.

surah al hashr ayat 23
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan), Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya, Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada), Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya). BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baikNya dan semulia-muliaNya, bertasbih kepadaNya segala yang ada dilangit dan dibumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (ayat 24).

Doa Anak Rajin Sekolah, surah Taha (ayat 1-5)
Taha

surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan

doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.

doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

doa ibubapa pada anaknya