Pages

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

13 Hari Bersama 3 Produk TANAMERA Postnatal Care Set


Seperti mana yang aku ceritakan sebelum ini, aku dah gunakan Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO) dari TANAMERA Postnatal Care Set. Memang sangat smooth dengan kulit. Aku apply dekat bahagian perut bagi menghilangkan garisan-garisan hitam bila dah deliver nanti. Selain tu memang tujuan aku gak nak hilangkan parut akibat operation masa melahirkan anak kedua 3 tahun lepas. Cuma belum cuba untuk selusuh lagi. Inshaa-ALLAH hari ni hari nya.

Produk kedua pula yang dah aku cuba adalah Brown Formulation Body Soap. Ini merupakan sabun formulasi herbal yang bertindak macam skrub. Pertama kali apply kat tubuh rasa tajam dari skrub sabun. Tapi lepas dah bilas dengan air daki dan lekitan kat badan terus hilang. Kulit jadi cantik dan bersih. Oleh kerana bahan nya terdiri dari herbal semulajadi, lepas dah siap mandi tubuh still rasa hangat dan berpeluh. Sangatlah best kan. Mesti nak mandi jer kerjanya. Ahaks!

Gambar yang ketiga tu adalah Herbal Massage Oil. Digunakan untuk urutan tubuh. Minyak ni tak panas dan sesuai digunakan untuk baby juga. Masa proses mengurut pun cepat lega sebab selalunya tukang urut mengurut badan pakai tenaga yang kuat hingga meninggalkan rasa sakit pada kulit ditambah pula dengan minyak yang panas menyebabkan kulit jadi merah dan melecet. Minyak ni berbeza selain mengurut juga boleh digunakan untuk tanggalkan kehitaman dibahagian sulit.

Last cerita aku, hari ni tarikh surat tuk aku serah diri kat HSB. Maksudnya kena beranak secara paksa. So, pagi ni nak kena telan awal-awal Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO). Hope leh deliver normal tanpa dimasukkan air garam tu. Ramai cakap memang sekejap tapi sakit bila laluan dipaksa terbuka. Oh noooo ooo... So, ramai-ramai pakat doakan aku yer! Moga lah selamat turn aku kali ni. ALLAHUMA AAMIIN... 

Thursday, October 3, 2013

PERNIAGAAN “TERCIPTA”

Untuk beberapa bulan saya terpaksa memohon kerja tapi tidak dapat. Teman lelaki meninggalkan saya! Tidak dapat kerja saya masih boleh terima tapi hubungan ini gagal adalah sesuatu yang saya tidak bersedia. Emosi saya terganggu tahap ‘gabang’. Saya sendiri boleh merasai hati terluka teruk. Saya tidak dapat tidur lena sehingga berbulan-bulan.

Ketika itulah saya dapat lihat keluarga cukup ambil peduli tentang kesihatan saya. Beberapa kali juga saya cuba untuk menarik perhatian dia sekali lagi supaya kembali pada saya semula. Saya lakukan tanpa putus asa. Dalam kata lain saya cukup rapat dengan adik perempuannya dan dia bertindak sebagai ‘spy’ saya.
Satu hari ‘spy’ saya melaporkan perkara yang cukup menyakitkan dalam hidup saya. 

Dia memberitahu yang teman lelaki saya akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Apa yang saya dah lakukan? Adakah saya seteruk itu? Saya dah lakukan yang terbaik untuk kekalkan hubungan. Sampai hari ini, saya masih tidak tahu kenapa dia tinggalkan saya. Adakah kerana saya gagal untuk dapatkan kerja?

Kakak dan adik perempuan merupakan penyumbang utama modal perniagaan. Secara automatic mereka dilantik menjadi rakaniaga. Kami telah meletakkan diri kami sebagai pemilik perniagaan bersama walaupun modal rendah. Kami memandang tinggi perniagaan kami dimasa hadapan. Kami bermula dengan produk kesihatan dan kecantikkan.

Kami langsung tidak tahu tentang akaun, kewangan atau pemasaran. Apa yang kami tahu, kami perlu lakukan – jual dan masukkan barang baru. Selepas sebulan, kami kekurangan wang untuk pusingan modal. Pelanggan tetap juga tiada. Akhirnya kami putuskan untuk berhenti dan jalani hidup seperti sediakala.

Apapun, saya dapat pelajari melalui pengalaman hidup yang sukar ketika kanak-kanak, gagal dalam permohonan kerja, gagal pertahankan hubungan dan gagal dalam perniagaan. Saya mula bertanya dan pertikaikan “Kenapa saya?” Beberapa tahun berlalu ada seorang bertanyakan saya bagaimana saya melalui semua itu.

Sebenarnya, ketika itu semua ini tidak mudah untuk saya. Saya ambil yang buruk dan baik serta pelajarinya semula. Seperti apa yang saya lakukan sekarang. Mungkin sesuatu yang ALLAH S.W.T ingin tunjukkan tapi saya masih belum nampak. Sesuatu yang dipanggil 'hint'. Apa yang perlu saya lakukan adalah share dengan anda bagi mengeluarkan potensi diri sendiri.


Monday, September 30, 2013

ZAMAN KOLEJ DAN KAMPUS

Part 2

Walaupun keputusan peperiksaan agak teruk namun saya masih ditawarkan untuk menduduki tingkatan 6. Oleh kerana minat untuk bersekolah sudah hilang saya memutuskan untuk menolak tawaran tersebut. Beberapa bulan selepas itu saya menerima satu lagi tawaran untuk melanjutkan pelajaran di KUSZA (Kolej Agama Sultan Zainal Abidin) yang kini dikenali sebagai UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin). Alhamdulillah bertapa bersyukurnya kerana saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang INTRADE (International Trading) yang sememangnya itulah impian saya ketika kanak-kanak lagi.

Pertama kali menjejaki alam kampus semangat saya berkobar-kobar. Misi kemenara gading tercapai dan saya semakin bersemangat sewaktu induksi bersama senior dikampus. Semester pertama berjalan dengan baik. Namun tidak lama tatkala masuk ke semester kedua perasaan dan keinginan saya sudah mula down. Kami diberitahu yang Bidang Perdagangan Antarabangsa telah dibubarkan kerana pelajar dibidang itu hanya 3 orang sahaja.

Fikiran saya kosong kerana tiada satupun bidang yang ditawarkan menarik perhatian saya. Ketika itu juga perjalanan bagaikan terhenti. Saya ibarat ditolak masuk kebidang yang saya sendiri meletakkan diri saya cukup asing disitu. Itu betul terjadi bila saya menerima surat dari pihak kolej yang saya sudahpun diberhentikan. Pertama kali juga saya bersua dengan kegagalan.

Selepas satu tahun berlalu saya masih merasa gagal, tidak tahu apa yang saya mahu dimasa depan. Selepas itu saya terbaca dikeratan akhbar tentang UPUM (Unit Perundingan Universiti Malaya) - Universiti pertama di Malaysia. Saya memohon untuk masuk dan saya dapat masuk! Tapi saya perlu bermula semula seperti tahun pertama dikampus. Kena melalui orientasi kembali, berkenalan dan sebagainya. Walaupun agak leceh namun saya tetapkan hati untuk tidak berhenti separuh jalan.

Menjadi seorang yang peramah dalam kelas, saya dipilih menjawat jawatan Penolong Biro Agama. Jadual semakin padat dan rehat juga terhad. Emosi pula semakin terganggu pantang salah dan silap amarah akan keluar. Pada masa yang sama saya juga bekerja separuh masa memandangkan saya di ibu kota perlu berdikari sendiri. Waktu itu agak mencabar bagaimana saya mendapat tenaga untuk menjalani setiap hari saya.

Pada tahun 2003, saya menyambung pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa dalam bidang Teknologi Maklumat. Pertama kali mendaftarkan diri tanpa seorangpun keluarga menemani. Saya menjadi seorang yang cukup pendiam dan kurang bergaul. Sekali lagi pengalaman dengan perasaan berbeza dimana pihak kolej menyewa dibangunan bekas kilang. Saya dan kawan-kawan hanya tinggal setahun diasrama yang disediakan kemudian berpindah asrama dibangunan kolej dan kemudian terpaksa mencari rumah sewa kerana tempat terlalu terhad dan kecil.


Tidak lama disitu kami sekali lagi perlu berpindah ketempat yang lain pula disebabkan pihak kolej mendapat tempat yang lebih selesa untuk belajar. Rasa macam kaum nomad pun ada yang terpaksa berpindah randah untuk menternak sebaliknya kami untuk mendapatkan ILMU. Terlalu banyak jurang menuju 'KEJAYAAN' yang perlu saya harungi!

Jadi, Boleh kita katakan bahawa masa "NAIK", masa "HEBAT", masa "SERONOK", masa "SUKAR" dan masa "JATUH" sebagai pengalaman? Satu perkara yang pasti masa depan kita tidak akan pernah sama kerana jurang laluan juga berbeza. Ketika zaman kanak-kanak saya pernah terbaca buku BERANI GAGAL karangan Billi Lim dan sekali lagi saya ternampak buku DARE TO FAIL karangan beliau yang mana saya beli tapi tidak baca.

Sebelum meninggalkan kampus saya putuskan untuk menjadi terbaik diluar sana. Ketika itu tahun 2007. Saya tamat belajar dalam bidang Teknologi Maklumat. Saya cukup yakin untuk mendapat kerja yang bagus disektor kerajaan mahupun swasta. Namun sebaliknya saya menganggur kerana tiada pengalaman bekerja.


Seorang jutawan pernah berkata di dalam ceramah beliau ..
“Hari ini, jika anda ada diploma atau ijazah, ianya TIDAK akan JAMIN anda menjadi KAYA, paling hebat, ianya sekadar menjamin agar anda TIDAK MISKIN dan mati kelaparan.”