Pages

Wednesday, November 14, 2012

‘Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah’


Firman Allah SWT:

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ‌ آيَتَيْنِ ۖ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ‌ مُبْصِرَ‌ةً لِّتَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا ﴿١٢

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); Dan (ingatlah tanda seruan) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah terangkan dia satu persatu (di dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”   
 (Surah al-Israa’; ayat 12).
Kini Bulan Zulhijjah telah sampai ke penghujungnya, bermakna kita semakin meninggalkan tahun 1433 Hijrah dan bakal memasuki tahun Islam yang baru-1434 Hijrah. Walaupun ramai daripada kita umat Islam yang memandang ‘remeh’ tahun baru Islam ini namun sesungguhnya ketika pergantian tahun baru Islamlah waktu yang palingtepat dan sesuai untuk memulakan sebuah tekad dan azam baru.
‘Azam Baru’, itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagian saudara-saudara kita ketika mereka mengalu-alukan tahun baru Masihi pada 1 Januari setiap tahun. Namun sebenarnya masa yang tepat untuk memulakan azam baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam .
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud) .

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْ‌جُونَ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ ﴿٢١٨

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(AlBaqarah; Ayat:218).

Bermula Taqwim Hijrah
Jika diimbau kembali tentang permulaan tahun / kalendar Islam (Hijrah), adalah bermula selepas Khalifah Umar bin Khattab r.a. puas berbincang dengan beberapa penasihatnya. Akhirnya para sahabat memutuskan untuk menggunakan tahun dimanaRasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan awal pengiraan Taqwim Islam .
Momentum hijrah Rasulullah SAW.dianggap mewakili ‘era baru’, kerana bukan saja ketika itu Rasulullah SAW berjaya meloloskan diri dari bandar Makkah yang sudah tidak sesuai lagi bagi perkembangan dakwah Baginda tetapi juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinahmembawa sinar bagi kebangkitan Islam sehingga Baginda berjaya membina asas kekuatan dan kejiwaan bagi umat Islam yang dapat dirasai sampai zaman ini .
Diharapkan dalam tahun baru ini dan tahun2 mendatang, umat Islam di seluruh dunia dapat lebih bersatupadu, bersabar dan ikhlas dalam menegakkan agama dan sunnah tanpa perasaan riak dan bongkak dengan merasakan diri dan puak mereka lebih baik, lebih layak mahupun lebih Islamik daripada pihak yang satu lagi.


Bersamalah kita memahami dan menghayati nas-nas berikut:
  • Allah SWT berfirman: “Dan taatlah kamu kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46).
  • Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sabda Rasulullah SAW; “Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (HR Ibnu Majah r.a.).
  • Firman Allah SWT lagi: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216).
  • Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin dengan orang Mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari Baginda.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari).

Menjelang berakhirnya waktu Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah, menandakan tahun Hijrah (1433) akan melabuhkan tirainya. Dengan itu InsyaAllah tahun baru Hijrah  seterusnya (1434) akan muncul iaitu apabila tiba dan masuknya waktu Maghrib. Maka para solihin telah mengajar kita untuk berdoa ketika menjelang perubahan tahun tersebut .
Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah yang sebaiknya di amalkan  pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrahselepas solat Maghrib.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد
‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelummasukwaktuMaghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.

Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supayaamal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.

Berikut adalah doanya: 
Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”


اللهم صل على محمد وآل محمد
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Berikut adalah Doa Awal Tahun:
 
Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang.

Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.” .
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia ini.

Wallahu A’lam bishowab.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Wednesday, September 19, 2012

Hikmah Sabar & Bersyukur

Tengahari ni terima mesej dari tuan rumah. Katanya rumah dah 2 bulan tak berbayar termasuk cost api & air. Terkejut aku dibuatnya sedang suami menyatakan yang dia dah pun clear semua. When tuan rumah check dengan bank memang betul tertunggak. Allah, bagaikan batu terhempap ke kepala aku sering tertipu dengan suami yang tak pernah jujur. Sepanjang pernikahan sekalipun dia tak pernah bercakap jujur dengan aku.



Perlu ke aku bertahan dengan hubungan ni? Sedangkan hati aku semakin tawar. Dia langsung tak menunaikan tanggungjawabnya pada aku dan anak sewajarnya. Berkali-kali aku cuba menahan amarah ku. Aku dah cuba berbincang denganya tapi saat ini hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Semua masalah aku terpaksa tempuhi sendiri sedang dia lena dengan tidurnya dan enak dengan makannya.


Semoga aku mampu menjadi isteri yang solehah yang boleh mengubah dirinya. Dan semoga aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat-MU, YA ALLAH. Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH sedang yang buruk adalah pilihan aku sendiri. Agar aku mampu mendidik anakku menjadi seorang insan yang jujur dan amanah dengan setiap langkah hidupnya. Cukuplah aku sebagai mangsa dunia.

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam


Bismillahirahmanirahim
Sahabatku semua yang istimewa. Tak terasa bulan ramadhan, bulan yang termulia sudah datang didepan mata, bulan yang berlimpah pahala, bulan yang penuh keampunan, bulan yang terindah sudah menghampiri kita…
“Marhaban ya Ramadhan Marhaban fi syahril mubarok wa syahril maghfiroh. Barakallahu lana walakum daaiman bijami’i khoir. Wal’awfu minkum”
apa yang harus kita lakukan kawan?
☑ Setting Niat

☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar
☑ Delete Dosa
☑ Approve Maaf
☑ Search Pahala
☑ Format Maksiat

indah bukan…? kawan..
Sahabat yang istimewa, ada beberapa sikap seorang Mukmin dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan ini, diantaranya adalah :
1.“Alfarhu”

Hatinya merasa gembira, dan bersukacita dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, kerana dipanggil Allah Subhanahu wata’ala untuk melaksanakan shaum, kerana dirinya mengetahui sepenuhnya bahawa dengan puasa ini Allah akan mengangkat darjatnya menjadi hamba-Nya yg bertaqwa, sesuai dengan firman-NYA :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS Al-Baqarah 183)
2. “Attazzikiyah”

Berusaha untuk membersihkan hati agar hatinya bebas dari penyakit-penyakit hati yang menyebabkan dirinya sukar untuk mendapatkan “nur” rahsia hikmah yang tersembunyi dibalik bulan Ramadhan dengan selalu memperbanyak bacaan istigfar, mohon keampunan kepada Allah dan tidak lupa dengan melipat gandakan sedekah kepada kaum fakir.

3.“Al ilmu”

Selalu belajar dan terus belajar untuk mencari ilmu yang sebanyak-banyaknya terutama dalam mempelajari tujuan, hikmah, keutamaan, amal-amal utama dan hal-hal yang dapat mengurangi bahkan merosak nilai ibadah puasanya.

4. “Al-Maghfirah” 

Memohon keampunan dari Allah, dan meminta maaf kepada orang tua, suaminya atau isteri tercinta, tidak lupa juga kepada kaum kerabat, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan jiran tetangga serta sahabat-sahabat yang lain. Agar dimaafkan dari segala kesalahan baik yang disengaja mahupun yang tidak disengajakan.

sahabatku yang baik..

“Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa disiang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban.

Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah).
Dari hadis diatas, ada beberapa keutamaan Ramadhan.
Pertama, syahrul azhim (bulan yang agung). Azhim adalah nama dan sifat Allah. Namun, juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Ramadhan mulia dan agung, kerana Allah sendiri telah mengagungkan dan memuliakannya.
Kedua, syahrul mubarak. Bulan ini penuh berkah, berdaya guna dan bermanfaat. Detik demi detik, waktu yang berjalan pada bulan suci ini, ia bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman. Kerana semuanya diberkati dan amal ibadahnya dilipat gandakan.
Ketiga, syahru shiyam. Pada bulan Ramadhan dari awal hingga akhir kita menegakkan satu dari lima rukun (tiang) Islam yang sangat penting, iaitu shaum (puasa).
Keempat, syahru nuzulil qur’an. “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan bagi petunjuk, dan furqan (pembeda).” (Al-Baqarah [2]: 185).
Kelima, syahrul musawwah (bulan santunan). Di bulan Ramadhan sangat dianjurkan bagi setiap Muslim untuk saling menderma, berkasih sayang dengan sesama kita yang keadaannya jauh memerlukan daripada kita.

Keenam, syahrus shabr (bulan sabar). Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar tidak mengeluh dan tahan uji. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental, spiritual dan operasi. Orang bersabar akan bersama Allah sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga. Semoga semua boleh memanfaatkan momentum Ramadhan ini untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah. Amin.

kenapa ramadhan begitu mulia? Kawan tahukah kamu…
1.  Allah Azza wa Jalla menjadikan puasa (di Bulan Ramadhan) merupakan rukun keempat diantara Rukun Islam.
Sebagaimana firman-Nya:
( شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه) سورة البقرة: 185
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu”. (QS. Al-Baqarah: 185)
Terdapat riwayat sohih dalam dua kitab sohih; Bukhari, no. 8, dan Muslim, no. 16 dari hadits Ibnu Umar, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله , وأن محمدا عبد الله ورسوله , وإقام الصلاة , وإيتاء الزكاة ، وصوم رمضان , وحج البيت.
“Islam dibangun atas lima (rukun); Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadan dan haji ke Baitullah.”
2. Allah menurunkan Al-Qur’an (di dalam Bulan Ramadan).
Sebagaimana firman Allah Ta’ala pada ayat sebelumnya,
( شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ )
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang bathil)”. (QS. Al-Baqarah: 185)
Allah Ta’ala juga berfirman:
( إنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) سورة القدر: 1
“Sesungguhnya Kami turunkan (Al-Qur’an) pada malam Lailatur Qadar.”
3.  Allah menetapkan Lailatul Qadar pada bulan tersebut, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah:
( إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ . وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ . لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ . تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ . سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ) سورة القدر: 1-5
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”  (QS. Al-Qadar : 1-5).
Dan firman-Nya yang lain:
( إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ ) سورة الدخان: 3
“sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati[1369] dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”  (QS. Ad-Dukhan: 3).
Allah telah mengistimewakan bulan Ramadhan dengan adanya Lailatul Qadar. Untuk menjelaskan keutamaan malam yang barokah ini, Allah turunkan surat Al-Qadar, dan juga banyak hadits yang menjelaskannya, diantaranya Hadits Abu Hurairah radhialahu’anhu, dia berkata:  Rasulullah SAW bersabda:
أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ , تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ , وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ , وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ , لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ ” رواه النسائي ( 2106 ) وأحمد (8769) صححه الألباني في صحيح الترغيب ( 999 ) .
“Bulan Ramadhan telah tiba menemui kalian, bulan (penuh) barokah, Allah wajibkan kepada kalian berpuasa. Pada bulan itu pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu (neraka) jahim ditutup, syaitan-syaitan derhaka dibelenggu. Padanya Allah memiliki malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang mendapatkan kebaikannya, maka sungguh dia terhalang (mendapatkan kebaikan yang banyak).” (HR. Nasa’I, no. 2106, Ahmad, no. 8769. Disohihkan oleh Al-Albany dalam Shahih At-Targhib, no. 999)
Dari hadits Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ . (رواه البخاري، رقم 1910، ومسلم، رقم 760 )
“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari, no. 1910, Muslim, no. 760).
4.  Allah menjadikan puasa dan solat yang dilakukan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) sebagai sebab diampuninya dosa.
Sebagaimana telah terdapat riwayat sohih dalam dua kitab sohih;  Sohih Bukhori, no. 2014, dan sohih Muslim, no. 760, dari hadits Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
“Barangsiapa yang berpuasa (di Bulan) Ramadhan (dalam keadaan) keimanan dan mengharapkan (pahala), maka dia akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.
Juga dalam riwayat Bukhari, no. 2008, dan Muslim, no. 174, Rasulullah SAW bersabda,
ومن قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) dibulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”.
Umat islam telah sepakat (ijma') akan sunnahnya menunaikan qiyam waktu malam-malam Ramadhan. Imam Nawawi telah menyebutkan bahawa maksud dari qiyam dibulan Ramadhan adalah solat Teraweh, ertinya dia mendapat nilai qiyam dengan menunaikan solat Teraweh.
5.  Allah (dibulan Ramadhan) membuka pintu-pintu syurga, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu syaitan-syaitan.
Sebagaimana dalam dua kitab sohih, Bukhari, no. 1898, Muslim, no. 1079, dari hadits Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة , وغلقت أبواب النار , وصُفِّدت الشياطين
“Ketika datang (bulan) Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”.
6. Pada setiap malam (bulan Ramadan) ada yang Allah bebaskan dari (siksa) neraka.
Diriwayatkan Ahmad (5/256) dari hadits Abu Umamah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
لله عند كل فطر عتقاء. (قال المنذري: إسناده لا بأس به، وصححه الألباني في صحيح الترغيب، رقم 987)
“Pada setiap (waktu) berbuka, ada orang-orang yang Allah bebaskan (dari siksa neraka)” (Al-Munziri berkata: ”Sanadnya tidak mengapa”, disohihkan oleh Al-Albany dalam sohih At-Targhib, no. 987)
Diriwayatkan dari Bazzar (Kasyf, no. 962), dari hadits Abu Said, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
إن لله تبارك وتعالى عتقاء في كل يوم وليلة _ يعني في رمضان _ , وإن لكل مسلم في كل يوم وليلة دعوة مستجابة “
“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan kebebasan dari siksa neraka pada setiap malam –yakni dibulan Ramadhan- dan sesungguhnya setiap muslim pada waktu siang dan malam memiliki doa yang terkabul (mustajab)”.
7.  Puasa pada bulan Ramadan (merupakan) sebab terhapusnya dosa-dosa yang lampau sebelum Ramadhan jika menjauhi dosa-dosa besar.
Sebagaimana terdapat riwayat dalam sohih Muslim, no. 233, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
الصلوات الخمس , والجمعة إلى الجمعة , ورمضان إلى رمضان , مكفرات ما بينهن إذا اجتنبت الكبائر
“Dari solat (ke solat) yang lima waktu, dari Jum’at ke Jum’at, dari Ramadhan ke Ramadhan, semua itu dapat menghapuskan (dosa-dosa) diantara waktu tersebut, jika menjauhi dosa-dosa besar.”
8.  Puasa (dibulan Ramadan) bersamaan puasa sepuluh bulan.
Yang menunjukkan hal itu, adalah riwayat dalam sohih Muslim, no. 1164, dari hadits Abu Ayub Al-Anshary, dia berkata:
من صام رمضان , ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
“Barangsiapa yang berpuasa (pada bulan Ramadhan) kemudian diikuti (puasa) enam (hari) pada bulan Syawal, maka hal itu seperti puasa setahun”.
Juga diriwayatkan oleh Ahmad, no. 21906, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
من صام رمضان فشهر بعشرة أشهر ، وصيام ستة أيام بعد الفطر فذلك تمام السنة
“Siapa yang berpuasa (pada bulan) Ramadhan, maka satu bulan sama seperti sepuluh bulan. Dan (siapa yang berpuasa setelah itu) berpuasa selama enam hari sesudah Itu (Syawal), hal itu (sama nilainya dengan puasa) sempurna satu tahun”.
9.  Orang yang menunaikan qiyamul lail (Teraweh) bersama imam hingga selesai, dicatat baginya seperti qiyamul lail semalam (penuh).
Sebagaimana terdapat riwayat dari Abu Daud, no. 1370 dan lainnya dari hadits Abu Dzar radhiallahu ’anhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa siapa menunaikan qiyamul lail bersama imam hingga selesai, dicatat baginya (pahala) qiyamul lail semalam (penuh)”. (Disohihkan oleh Al-Albany dalam kitab ‘Solat Teraweh’, hal. 15)
10.  Melaksanakan umrah pada bulan Ramadan, (pahalanya) seperti haji.
Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1782, dan Muslim, no. 1256, dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada wanita dari Ansar: ”Apa yang menghalangi anda melaksanakan haji bersama kami?” Dia berkata: ”Kami hanya mempunyai dua ekor unta untuk menyiram tanaman. Bapa dan anaknya menunaikan haji dengan membawa satu ekor unta dan kami ditinggalkan satu ekor unta untuk menyiram tanaman.” Beliau bersabda: “Jika datang bulan Ramadhan tunaikanlah umrah, kerana umrah (dibulan Ramadhan) seperti haji”.  Dalam riwayat Muslim: “(seperti) haji bersamaku”.
11.  Disunnahkan i’tikaf, kerana Rasulullah SAW senantiasa melaksanakannya, sebagaimana dalam hadits Aisyah radhiallahu ’anha, sesungguhnya Nabi SAW biasanya beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir dibulan Ramadhan hingga Allah ta’ala mewafatkannya, kemudian isteri-isterinya beri’tikaf (sepeninggal) beliau”. (HR. Bukhari, no. 1922, Muslim, no. 1172).
12.  Sangat dianjurkan sekali pada bulan Ramadhan tadarus Al-Qur’an dan memperbanyak tilawah.
Cara tadarus Al-Qur’an adalah dengan membaca (Al-Qur’an) kepada orang lain dan orang lain membacakan (Al-Qur’an) kepadanya. Dalil dianjurkannya (adalah): “Sesungguhnya Jibril bertemu Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadhan dan membacakan (Al-Qur’an) kepadanya”. (HR. Bukhari, no. 6, dan Muslim, no. 2308). Membaca Al-Qur’an dianjurkan secara mutlak, akan tetapi pada bulan Ramadan sangat ditekankan.
13.  Dianjurkan dibulan Ramadhan memberikan sedekah kepada orang yang berpuasa, berdasarkan hadits Zaid Al-Juhany radiallahu ’anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa memberi sedekah (kepada) orang yang berpuasa, maka dia (akan mendapatkan) pahala seperti orang itu, tanpa mengurangi pahala orang berpuasa sedikitpun juga”.  (HR.Tirmizi, no. 807, Ibnu Majah, no. 1746, dinyatakan sohih oleh Al-Albany dalam sohih Tirmizi, no. 647).
keistimewan-keistemewaannya menghidupkan malam dibulan ramadhan:
Hadits diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib R.A, suatu hari Rasullullah SAW ditanya oleh sahabatnya, tentang keistimewaan solat terawih pada bulan Ramadhan. Maka Rasullullah SAW bersabda; Siapa yang melaksanakan solat terawih pada :
Malam ke-1: Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam ke-2: Allah swt memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)
Malam ke-3: Malaikat berseru dari bawah Arsy; mulailah beramal semoga Allah swt mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.
Malam ke-4: Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqon (Al Quran)
Malam ke-5: Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang solat di Masjid Alharam (masjidil haram) di Makkah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsha di Palestin.
Malam ke-6: Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-baitul ma'mur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita pijak selama ini, ternyata boleh meminta keampunan kepada Allah untuk kita).
Malam ke-7: Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.
Malam ke-8: Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s
Malam ke-9: Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.
Malam ke-10: Allah memberikan anugerah kepadanya,berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.
Malam ke-11: Maka ia akan meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa / husnul khotimah)
Malam ke-12: Pada Hari Kiamat, kita akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.
Malam ke-13: Pada Hari kiamat, kita akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.
Malam ke-14: Para malaikat memberi kesaksian solat tarawih kita, dan Allah tidak menghisab kita lagi.
Malam ke-15: Kita akan menerima solawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.
Malam ke-16: Kita akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, kita bebas ke syurga, dan lepas dari neraka.
Malam ke-17: Allah akan memberi pahala kepada kita sesuai pahala para nabi.
Malam ke-18: Malaikat akan memohon kepada Allah agar kita selalu mendapat restu.
Malam ke-19: Allah akan mengangkat darjat kita ke Firdaus (syurga yang tinggi)
Malam ke-20: Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan solihin.
Malam ke-21: Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk kita disyurga.
Malam ke-22: Kita akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, kerana kita terhindar dari rasa takut yang amat sangat.
Malam ke-23: Allah akan membuat sebuah kota untuk kita didalam syurga.
Malam ke-24: Allah akan mengabulkan 24 permohonan kita selagi kita masih hidup di dunia.
Malam ke-25: Kita akan bebas dari siksa kubur.
Malam ke-26: Allah akan angkat darjat amal kebaikan kita sebagaimana darjat amal kebaikan kita selama 40 tahun.
Malam ke-27: Kita akan secepat kilat bila melalui Siratalmustakim nanti.
Malam ke-28: Kita akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam syurga kelak.
Malam ke-29: Allah akan memberi pahala kepada kita seperti kita menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.
Malam ke-30: Allah menyuruh kepada kita untuk memakan semua buah di syurga, minum air kausar, mandi air salsabila (air syurga), kerana Allah Tuhan kita, dan kita hamba Allah yang setia.

Sunnah Ramadhan
Puasa wajib bulan Ramadhan yang dijalani umat muslim di seluruh dunia itu boleh menjadi benteng pertahanan diri. Kerana tujuan dari puasa itu tak lain adalah demi meningkatkan ketaqwaan dan keimanan. Disamping itu, dibulan Ramadhan Allah juga berjanji akan memberikan pahala yang besar kepada siapa saja yang berbuat kebajikan dan kebaikan.
Wajar jika Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah “tabungan” pahala di sisi Allah. Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Al-Baihaqi dijelaskan bahawa amalan-amalan sunnah pada bulan suci Ramadhan bernilai amalan wajib, sedang amalan wajib senilai 70 amalan wajib di luar bulan Ramadhan.
Maka, bulan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk berbuat kebaikan. Sekecil apapun kebaikan yang ditebarkan, itu bernilai ibadah. Ada beberapa amalan yang disunnahkan pada bulan penuh maghfirah ini, selain amalan-amalan sunnah yang telah disebut di atas. Diantaranya:

1. Mengkhatamkan Al Quran. Dengan mengingat Ramadhan sebagai bulan Al-Qur’an, umat muslim disunnahkan

untuk mengkhatamkan AI-Qur’an. Dalam sebuah hadis diceritakan, Jibril mendatangi Rasulullah SAW pada tiap malam bulan Ramadhan dan mengajarkannya Al-Qur’an (HR Al-Bukhari dan Muslim).
2. Memberi makanan berbuka kepada mereka yang berpuasa. Sepanjang bulan Ramadhan, umat muslim dianjurkan untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma.
3. Memperbanyak sedekah. Termasuk amalan sunnah yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan adalah memperbanyak sedekah. Kerana, “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (HR Al-Tirmidzi).
4. I’tikaf. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I’tikaf disunnahkan bagi lelaki dan perempuan. Rasulullah SAW selalu beri’tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir. Aisyah RA berkata, “Bila telah memasuki sepuluh malam terakhir dibulan Ramadhan, Nabi menghidupkan malam, membangunkan keluarganya (isterinya), dan meninggalkan isterinya (tidak berhubungan suami-isteri).” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
5. Umrah. Ramadhan adalah waktu terbaik untuk melaksanakan ibadah umrah, lantaran umrah dibulan Ramadhan itu memiliki pahala seperti pahala haji, bahkan pahala haji bersama Rasulullah SAW.
6. Memperbanyak membaca doa. Doa seseorang ketika berbuka termasuk salah satu doa yang mustajab. Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bagi orang yang berpuasa ketika sedang berbuka, ada doa yang tidak akan ditolak.” (HR Al-Tirmidzi).

Selamat datang Ramadhan, bulan penuh keampunan

Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran

Mari kita menyambut dengan hati gembira

Mari kita menyambut dengan hati bahagia

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkah

Allah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah

Perbanyaklah ibadah, jangan lupa bersedekah

Perbanyaklah tadarus, jangan lupa selawat

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Selamat datang bulan yang siang harinya mulia

Selamat datang bulan yang malamnyapun mulia
Nafas dan tidur kitapun mendapat pahala
Dosapun diampuni doapun diterima

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

untuk sahabatku semua… yang selalu setia membaca dilubuk hati saya ni…
tiada kata seindah zikir
tiada bulan seindah ramadhan
izinkan kedua tangan bersimpuh maaf
untuk lisan yang tak terjaga
janji yang terabai dan hati yang pernah disakiti
mohon maaf lahir dan batin
Semoga saya dan sahabat-sahabatku tercinta boleh dimudahkan oleh Allah SWT untuk selalu istiqomah dan mudawamah dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya, terutama perintah ibadah puasa yang akan segera kita laksanankan, semoga menjadi Amal untuk bekal kita di akhirat kelak. Amin..
semoga bermanfaat

Wednesday, July 4, 2012

NISFU SYAABAN


Salam and greeting all.. Sekarang kita diambang bulan Sya'ban (juga dinamakan bulan Nabi S.A.W) jatuh pada 05 Julai malam Jumaat (hari tutupnya buku amalan. Jadi sebelum terlambat saya ingin memohon maaf kalau ada salah yang disengajakan dan tidak disengajakan kerana Rasulullah s.a.w bersabda - 

"Barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka haram baginya api neraka."

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 
  1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
  2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) 

  • Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk) 

3. Baca surah ikhlas 1000x 

4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat) 


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. 

Antaranya yg termasyhur adalah: 
  1. Malam Dimustajabkan Doa
  2. Malam Pembahagian Takdir
  3. Malam Rahmat
  4. Malam Berkat
  5. Malam Pengampunan (Taubat)
  6. Malam Penebusan
  7. Malam Syafaat
  8. Malam Penulisan
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
  10. Malam Rezeki
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat
  12. Malam Penghidupan 

Antara kelebihan bulan Sya'aban: 
  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wednesday, May 9, 2012

Ujian

Redhalah aku untuk menerima ujian MU Ya ALLAH...


Ujian Allah buat aku.. Sepatutnya due 12/06/2012. Paling lewatpun 17/06/2012 mengikut tarikh period akhir. Tapi tiba-tiba ada komplikasi bila aku ke klinik kesihatan Sungai Buloh yang meminta aku berjumpa pakar di hospital Sungai Buloh. Hari yang sama 07/05/2012 aku ke klinik pakar. Mereka meminta aku ke bahagian bersalin. Agak terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku membuat beberapa ujian seperti menguji jantung anak dan ibu.. Lama juga kat bahagian tu..

Then, aku diminta berjumpa doktor untuk scan. Oklah aku ikut. Bila dah scan kata doktor ada ruang kosong diantara baby and uri. Baby aku perempuan. Namun kata doktor lagi baby aku kecil sangat. Hanya 1.3 kilo untuk 35 minggu. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut aku dibawa ke tingkat 6B untuk scan sekali lagi. Kali ni dengan doktor pakar. Ada 3 orang doktor menunggu aku disitu. 2 wanita dan seorang lelaki. Salah seorang wanita dan seorang lelaki berbangsa India. Seorang lagi wanita muslim.

Entah bagaimana doktor meminta aku untuk admit. Nak tak nak aku terpaksa mencari pelbagai alasan untuk keluar dari hospital. Lagipun minggu ni hubby aku kerja malam. Tentulah Aisy Yusrina tiada orang nak jaga. So, aku promise untuk datang lagi esok. Selepas siap mengisi borang pelepasan aku diberi temujanji sekali lagi, kali ni temujanji aku bersama doktor pakar kanak-kanak. Sebelum tu darah aku diambil untuk ujian seterusnya.

Esok, sekali lagi aku datang lebih kurang jam 11.30am. As usual aku dibawa untuk ujian jantung. Then, aku terus dibawah ke tingkat 6B untuk scan. Sekali lagi aku scan bersama doktor Hana yang menjalankan ujian keatas aku malam tadi. Seorang lagi doktor wanita muslim, pakar kanak-kanak dari UiTM. Menurutnya anak aku normal. Alhamdulillah, cuma saiz nya  agak kecil. Baby dalam keadaan sihat. Untuk mendapatkan result yang memuaskan sekali lagi ujian scan dijalankan.

Kali ni lebih detail, dimana doktor telah scan setiap inci tubuh baby dan mendapati ada terdapat komplikasi pada bahagian wajah baby. Pada bibir baby kelihatan ada lebihan daging @ mungkin sumbing tapi doktor masih tak dapat nak pastikan betul ataupun tak sebab picture kelihatan shadow. Kata doktor lagi itu bukan menjadi masalah. Doktor meneruskan scan dibahagian otak. Diantara serebrum dengan otak ada terdapat gap yang mana doktor meminta untuk melakukan operation 2 minggu lagi.

Doktor Hana menasihati aku untuk berfikir secara rasional dan tidak membuat keputusan mendadak. Sejujurnya aku inginkan anak aku selamat. Tanpa berfikir panjang aku memberi keputusan pada doktor Hana untuk aku bersalin secara normal. Mungkin tidak puas hati dengan keputusan aku, lantas doktor meminta kebenaran untuk bersua pula dengan suami. Aku bersetuju dan aku sedikit lega bila keputusan suami sama denganku.

Keputusanku juga turut disokong oleh ibu mertua dan ibuku. Syukur, sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan. Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap kejadiannya. Apa yang aku harapkan sekarang, moga Allah menjadikan anak aku normal seperti anak-anak yang lain. Insya-Allah. Sebagai ibu aku hanya mampu berdoa dan melakukan sedikit usaha bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak aku inginkan. Amin.

Oleh kerana persetujuan dari kedua-dua pihak telah dicapai, doktor menasihati aku untuk terus datang ke hospital bagi pemantauan selanjutnya. Aku diberi temujanji untuk datang tiap-tiap minggu setiap hari jumaat. Demi kesihatan dan keselamatan anak aku dalam kandungan, aku lantas bersetuju memandangkan detik-detik kelahiranpun tidak lama lagi. Aku harap segalanya akan selamat sehingga kelahiran anak kedua ku nanti..