Pages

Wednesday, May 9, 2012

Ujian

Redhalah aku untuk menerima ujian MU Ya ALLAH...


Ujian Allah buat aku.. Sepatutnya due 12/06/2012. Paling lewatpun 17/06/2012 mengikut tarikh period akhir. Tapi tiba-tiba ada komplikasi bila aku ke klinik kesihatan Sungai Buloh yang meminta aku berjumpa pakar di hospital Sungai Buloh. Hari yang sama 07/05/2012 aku ke klinik pakar. Mereka meminta aku ke bahagian bersalin. Agak terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku membuat beberapa ujian seperti menguji jantung anak dan ibu.. Lama juga kat bahagian tu..

Then, aku diminta berjumpa doktor untuk scan. Oklah aku ikut. Bila dah scan kata doktor ada ruang kosong diantara baby and uri. Baby aku perempuan. Namun kata doktor lagi baby aku kecil sangat. Hanya 1.3 kilo untuk 35 minggu. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut aku dibawa ke tingkat 6B untuk scan sekali lagi. Kali ni dengan doktor pakar. Ada 3 orang doktor menunggu aku disitu. 2 wanita dan seorang lelaki. Salah seorang wanita dan seorang lelaki berbangsa India. Seorang lagi wanita muslim.

Entah bagaimana doktor meminta aku untuk admit. Nak tak nak aku terpaksa mencari pelbagai alasan untuk keluar dari hospital. Lagipun minggu ni hubby aku kerja malam. Tentulah Aisy Yusrina tiada orang nak jaga. So, aku promise untuk datang lagi esok. Selepas siap mengisi borang pelepasan aku diberi temujanji sekali lagi, kali ni temujanji aku bersama doktor pakar kanak-kanak. Sebelum tu darah aku diambil untuk ujian seterusnya.

Esok, sekali lagi aku datang lebih kurang jam 11.30am. As usual aku dibawa untuk ujian jantung. Then, aku terus dibawah ke tingkat 6B untuk scan. Sekali lagi aku scan bersama doktor Hana yang menjalankan ujian keatas aku malam tadi. Seorang lagi doktor wanita muslim, pakar kanak-kanak dari UiTM. Menurutnya anak aku normal. Alhamdulillah, cuma saiz nya  agak kecil. Baby dalam keadaan sihat. Untuk mendapatkan result yang memuaskan sekali lagi ujian scan dijalankan.

Kali ni lebih detail, dimana doktor telah scan setiap inci tubuh baby dan mendapati ada terdapat komplikasi pada bahagian wajah baby. Pada bibir baby kelihatan ada lebihan daging @ mungkin sumbing tapi doktor masih tak dapat nak pastikan betul ataupun tak sebab picture kelihatan shadow. Kata doktor lagi itu bukan menjadi masalah. Doktor meneruskan scan dibahagian otak. Diantara serebrum dengan otak ada terdapat gap yang mana doktor meminta untuk melakukan operation 2 minggu lagi.

Doktor Hana menasihati aku untuk berfikir secara rasional dan tidak membuat keputusan mendadak. Sejujurnya aku inginkan anak aku selamat. Tanpa berfikir panjang aku memberi keputusan pada doktor Hana untuk aku bersalin secara normal. Mungkin tidak puas hati dengan keputusan aku, lantas doktor meminta kebenaran untuk bersua pula dengan suami. Aku bersetuju dan aku sedikit lega bila keputusan suami sama denganku.

Keputusanku juga turut disokong oleh ibu mertua dan ibuku. Syukur, sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan. Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap kejadiannya. Apa yang aku harapkan sekarang, moga Allah menjadikan anak aku normal seperti anak-anak yang lain. Insya-Allah. Sebagai ibu aku hanya mampu berdoa dan melakukan sedikit usaha bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak aku inginkan. Amin.

Oleh kerana persetujuan dari kedua-dua pihak telah dicapai, doktor menasihati aku untuk terus datang ke hospital bagi pemantauan selanjutnya. Aku diberi temujanji untuk datang tiap-tiap minggu setiap hari jumaat. Demi kesihatan dan keselamatan anak aku dalam kandungan, aku lantas bersetuju memandangkan detik-detik kelahiranpun tidak lama lagi. Aku harap segalanya akan selamat sehingga kelahiran anak kedua ku nanti..