Pages

Saturday, August 31, 2013

ERTI KEMERDEKAAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM


Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?

Ini bermakna kemerdekaan yang sebenar ialah:

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.

Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.

Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:


  1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
  2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:


  1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
  2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru, kemerdekaan yang sebenar ialah :

Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam.

Monday, August 26, 2013

Makanan Seimbang Untuk Kanak² 1-6 Tahun

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan. 

1. Piramid Makanan 

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula 
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang 
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan 
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 

a) Nasi dan gantiannya 
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda. 

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit. 

c) Ikan, daging dan gantiannya 
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka. 

d) Susu dan hasil tenusu 
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. 

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun 

Kumpulan Makanan

Pilihan Satu Sukatan


Bilangan Sukatan Sehari

1 – 3 tahun

4 – 6 tahun

Nasi dan gantiannya

½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi

6

8

Susu

1 gelas

2 – 3

3

Ikan dan gantiannya

½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur

2

2

Sayur-sayuran

2 sudu makan

2

2

Buah-buahan

1 potong atau satu biji

1



2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun 
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung. 

3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun 

Sarapan pagi 
· 1 gelas susu 
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem 

Minum pagi 
· 3 keping biskut 
· ½ gelas minuman bersusu 

Makan tengahari 
· ½ cawan nasi 
· 1 ketul ayam goreng kicap 
· 2 sudu makan sayur 
· Air masak 

Minum petang 
· 1 keping kuih 
· 1 potong buah 
· ½ gelas minuman bersusu 

Makan malam 
· 1 mangkuk mihun sup 

Minum malam 
· 1 gelas susu 


4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun 

Sarapan pagi 
· 1 cawan mihun goreng 
· 1 gelas minuman bersusu 

Minum pagi 
· 3 keping biskut 
· 1 gelas minuman bersusu 

Makan tengahari 
· 1 cawan nasi 
· 1 ketul ayam masak merah 
· 2 sudu makan sayur 
· 1 potong buah-buahan 
· Air masak 

Minum petang 
· 2 keping kuih 
· 1 gelas minuman bersusu 

Makan malam 
· 1 cawan bubur nasi campur ikan 
· Air masak 

Minum malam 
· 1 gelas susu 

Bila anak anda tidak berminat untuk makan….. 

· Tarik minat anak anda terhadap makanan 

· Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu 

· Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan 

· Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan 

· Sediakan makanan yang menarik 

· Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik 

· Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk 

· Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik 

· Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas 

· Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan 

· Elakkan memarahi anak anda semasa makan 

· Jangan ugut anak anda untuk makan 

· Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak 

· Galakkan anak anda makan sendiri 

· Makanlah bersama-sama 

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula. 

Beri makanan ringan yang berkhasiat 

Makanan ringan yang digalakkan 
· Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor 

Makanan ringan yang tidak digalakkan 
· Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap 

Vitamin Tambahan 
· Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan. 

Pengawasan berat badan anak anda 
· Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. 

Penambahan berat badan yang memuaskan 
· Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan. 

Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik 

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan 
· Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera. 

Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran 

Petua 
· Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan. 
· Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan 
· Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
· Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa 
· Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya. 

di petik dari : http://www.anakku.net.my/

Thursday, August 15, 2013

Panduan Qunut Nazilah

Medan Rabaah yang sebelum ini, sempat menyaksikan kegembiraan anak - anak Mesir di Hari Raya, yang sempat menyaksikan keindahan sujud para pejuang negara yang dekat dengan Tuhannya, kini sudah berubah menjadi medan perang di tangan zalim para penguasa yang membencikan semuanya itu.

Namun, Allah s.w.t pasti takkan membiarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa membenarkan kemenangan hambaNya.

Setakat jam 3pm waktu Mesir tadi:
Lebih 2,500 di bunuh
Lebih 3,000 ditangkap
Lebih 10,000 cedera
Lebih 200 jurukamera dibunuh
Jutaan rakyat Mesir seluruh pelusuk daerah keluar ke jalanraya tanda solidariti
Puluhan jalan ditutup bagi menyekat kemaraan rakyat seluruh negara terutama di Kaherah
Hospital lapangan Rabaatul Adawiyah di tutup tentera
Hospital lapangan An Nadhah dibakar tentera
Lapangan Rabiatul Adawiyah ditutup
Doktor2 bertugas di tangkap tentera Mesir

Sebagai saudara sesama Islam ayuh kita bersama-sama memohon dari ALLAH S.W.T bantuan-NYA agar kemenangan berpihak pada Islam. Hidup kami, mati kami hanya untuk-MU Ya Rabb.

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Friday, August 2, 2013

Ramadhan & Aidilfitri Pertama Di Rumah Baru

Air tak selalu jernih, begitu juga ucapanku,
Kapas tak selalu putih, begitu juga hatiku,
Langit tak selalu biru, begitu juga hidupku,
Jalan tak selalu lurus, begitu juga langkahku,

Jika maaf itu bisa terucap hari ini, untuk apa menunggu hari raya tiba,
Sedangkan hembusan nafas pun kita tak pernah tahu bila akan berhenti,

Maka dari itu ku ingin mohon maaf atas kesalahan kekhilafan mahu pun perbuatan yang sengaja atau pun tidak sengaja yang membuat sakit hati anda,

Sebelum ramadhan pergi, sebelum Aidilfitri datang, sebelum operator sibuk, sebelum FB jammed, sebelum kredit habis

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

.:Mohon Maaf Zahir & Batin:.

Ikhlas Dari KAMI