Pages

Wednesday, November 14, 2012

‘Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah’


Firman Allah SWT:

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ‌ آيَتَيْنِ ۖ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ‌ مُبْصِرَ‌ةً لِّتَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا ﴿١٢

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); Dan (ingatlah tanda seruan) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah terangkan dia satu persatu (di dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”   
 (Surah al-Israa’; ayat 12).
Kini Bulan Zulhijjah telah sampai ke penghujungnya, bermakna kita semakin meninggalkan tahun 1433 Hijrah dan bakal memasuki tahun Islam yang baru-1434 Hijrah. Walaupun ramai daripada kita umat Islam yang memandang ‘remeh’ tahun baru Islam ini namun sesungguhnya ketika pergantian tahun baru Islamlah waktu yang palingtepat dan sesuai untuk memulakan sebuah tekad dan azam baru.
‘Azam Baru’, itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagian saudara-saudara kita ketika mereka mengalu-alukan tahun baru Masihi pada 1 Januari setiap tahun. Namun sebenarnya masa yang tepat untuk memulakan azam baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam .
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud) .

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْ‌جُونَ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ ﴿٢١٨

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(AlBaqarah; Ayat:218).

Bermula Taqwim Hijrah
Jika diimbau kembali tentang permulaan tahun / kalendar Islam (Hijrah), adalah bermula selepas Khalifah Umar bin Khattab r.a. puas berbincang dengan beberapa penasihatnya. Akhirnya para sahabat memutuskan untuk menggunakan tahun dimanaRasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan awal pengiraan Taqwim Islam .
Momentum hijrah Rasulullah SAW.dianggap mewakili ‘era baru’, kerana bukan saja ketika itu Rasulullah SAW berjaya meloloskan diri dari bandar Makkah yang sudah tidak sesuai lagi bagi perkembangan dakwah Baginda tetapi juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinahmembawa sinar bagi kebangkitan Islam sehingga Baginda berjaya membina asas kekuatan dan kejiwaan bagi umat Islam yang dapat dirasai sampai zaman ini .
Diharapkan dalam tahun baru ini dan tahun2 mendatang, umat Islam di seluruh dunia dapat lebih bersatupadu, bersabar dan ikhlas dalam menegakkan agama dan sunnah tanpa perasaan riak dan bongkak dengan merasakan diri dan puak mereka lebih baik, lebih layak mahupun lebih Islamik daripada pihak yang satu lagi.


Bersamalah kita memahami dan menghayati nas-nas berikut:
  • Allah SWT berfirman: “Dan taatlah kamu kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46).
  • Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sabda Rasulullah SAW; “Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (HR Ibnu Majah r.a.).
  • Firman Allah SWT lagi: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216).
  • Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin dengan orang Mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari Baginda.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari).

Menjelang berakhirnya waktu Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah, menandakan tahun Hijrah (1433) akan melabuhkan tirainya. Dengan itu InsyaAllah tahun baru Hijrah  seterusnya (1434) akan muncul iaitu apabila tiba dan masuknya waktu Maghrib. Maka para solihin telah mengajar kita untuk berdoa ketika menjelang perubahan tahun tersebut .
Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah yang sebaiknya di amalkan  pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrahselepas solat Maghrib.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد
‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelummasukwaktuMaghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.

Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supayaamal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.

Berikut adalah doanya: 
Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”


اللهم صل على محمد وآل محمد
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Berikut adalah Doa Awal Tahun:
 
Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang.

Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.” .
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia ini.

Wallahu A’lam bishowab.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Tuesday, November 6, 2012

Tutorial : Crepe Durian

Mula-mula nampak perkataan crepe tu aku ingatkan batik Terengganu, ahaks! Maklumlah baca entry facebook member. Old fashion or darat bak kata orang kampung. Ketinggalan la pulak ekeke. Wah tengok jer gambar yang di upload time ni gak air liur aku nak terleleh. Kat mana nak dapat ni? Murahnya hanya RM10.00 untuk 6pc. Google punya google, dapatlah resepi dari blog Cahaya Cinta Ku. So, aku share apa yang dia buat jer kat sini.


Jom kita tengok apa yang dah kawan kita ni buat untuk family dia walaupun aku tak pernah rasa lagi tapi aku pasti ini cukup menarik and sedap. Ok kita tengok bahan-bahan sebelum aku terus membebel yang banyak lagi kah kah kah

BAHAN-BAHAN

of course lah durian kan? :D Ambil isi jer. Biji jangan hehe! Lagi mudah pergi Giant jer beli yang dah pack siap2 tu.

50 gram tepung gandum.

1 penutup esen vanilla
pewarna (terpulang nak warna apa pun)
1 sudu besar tepung ubi kayu (pandai-pandai lah pilih yang halal)
sebiji telur (basuh dulu)

3 sudu teh/kecil butter (jangan guna butter cam dalam gambar ni dikhuatiri tak halal. Cari produk kita yer :D) kemudian cairkan.

160 ml air
40 ml susu cair (senang cari fresh milk je)

2 sudu besar gula halus

ok jom tengok pula cara buat. Tang sediakan bahan tu aku kacang jer. Cuba ni baru tau terer ke tak terer huhu ;p

CARA MEMBUATNYA

Campurkan tepung gandum, gula halus dan tepung ubi dalam satu bekas (ayak kan ketiga-tiganya terlebih dahulu).

kemudian, tuangkan susu cair keatasnya.

kacau sebati dengan menggunakan whisker. Bukan whiskas ye! uikkk

Lepas tu, masukkan pula telur yang dah dikacau. kacau biasa bukan sampai kembang sa-taman tu lalala. Kemudian kacau lagi hingga sebati.

seterusnya, masukkan esen vanilla dan kacau sekali lagi.

masukkan pula air dan terus sambung mengacau huhu

pastu lak masukkan butter yang telah dicairkan tadi and kacau lagi

masukkan pewarna mengikut citarasa. Sila asingkan terlebih dahulu jika ingin menggunakan pewarna yang berlainan.

adunan yang sudah sebati

Last step sila tapiskan adunan tersebut

So, macam ner ok tak? Senang? Ok skang masuk ke module yang susah pulak. Tengoklah aku bagi exam nanti korang leh jawab tak hahaha. Jom tengok bawah.

CARA MEMASAK CREPE

mula-mula sediakan kuali anti lekat (non stick pan). Panaskan dengan api yang kecil. Jangan besar tau kan hangus pulak crepe tu.

kemudian, ambik sesenduk kecil adunan. Tuang dengan lemah lembut. Bentukkan adunan menjadi bulat dengan menggunakan bahagian bawah senduk. Make sure adunan jangan tebal sangat dan jangan terlalu nipis pula. Just nice je.

masak sampai bahagian bawah adunan tu macam nak kering. Bukan hangit hik hik hik. Jangan sesekali diterbalikkan adunan masa proses memasak.

bila dah masak, lengkangkan keliling crepe tu dengan sudu. Pastu pindahkan ke dalam bekas dengan cara menterbalikkan macam gambar kat atas ni (ikut cara masing-masing agar tak terkoyak pulak crepe tu nanti).

Inilah hasil crepe yang dah siap. Permukaan yang kering dibahagian atas dan yang licin dibahagian bawah.

buat banyak-banyak and asingkan agar tak melekat antara satu sama lain.

Ha camno tu? Pah korang buat ni sure lepas siap banyaklah pinggang mangkuk yang menanti nak dibasuh. Hak hak hak. Selamat mencuci pinggang yer :D

BAHAN INTI

resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream. Nak mudah guna jer whipping cream tapi as usual gak lah nasihat aku cari yang halal sebab nak masuk mulut and nak jadi darah daging :p Dan pesanan aku lagi (banyak lah pulak :D) whipping cream ni dah manis tau, so tak payah lah nak tambah gula bagai.

putar whipping cream/fresh cream sampai kental

CARA MENGGULUNG CREPE

pertama sekali, letak sesudu kecil krim diatas crepe. Then, lapiskan dengan isi durian.

lapiskan semula dengan krim diatas isi durian tadi. Tak perlu banyak sebab nanti susah nak balut,

pastu tarik kulit kiri dan kanan crepe dengan berhati-hati.

pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas. Faham kan? Jangan tekan-tekan pulak inti tu kang terkeluor dah hudoh jadinya hehe.

ini pula hasil dari hadapan. Cantikkan?

Ha siap untuk dihidangkan. Ops! Belum lagi. Simpan dulu semalaman dalam peti sejuk. Jangan letak dekat pembeku plak kan bila korang gigit patah gigi tu. Ahaks!

rupa kat dalam lepas keluarkan dari peti sejuk. Dah boleh makan. Nyum nyumm yummy nyum

nak lagi menarik boleh masukkan dalam bekas papercup saiz besar. Dah siap untuk dihidangkan pada tetamu.

Ohye.. selain durian, korang boleh jugak gantikan dgn cempedak atau mangga.. atau nak letak inti pastry cream pun boleh.. kat bwh ni aku copy balik resepi pastry krim dari fanpage Jom Masak..


Pastry Cream :

 2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

 Cara2 :

 -masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vanilla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
-nak guna gaul seketika..

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, November 5, 2012

Our Dream House

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Welcome to the foyer, won't you come inside? :)

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
What, you say? That's not my mantle? Oh, of course! You're right. I'm copy from an internet.. :D

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
A peek into the living room, the view when you step into the foyer.
Paint colour check : Latte. 

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Breakfast area
Paint colour check : Jonquil

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Here's the kitchen! There were a few more things on the counter when we lived in it :D

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.compremade laundry cabinetswhirlpool laundry tower
The laundry room and garage is right of the kitchen
The paint colour matched to the rug, which is from bed, bath & beyond.

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Here's the master bedroom. I like to change this colour to Lime green or any soft colour. :D


This is for Aisy Yusrina room. Next her parents room :D Why green? Because we're green lover & white.. Little pink for my little princess ahaks!

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
On the other side of the house are the three bedrooms. The guest bedroom is in the next living room overlooking the backyard.
Paint colour check : Purple Lace

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Guest bathroom. Change colour to red.

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Yes :D - and the office retreat / scrapbook room hehe
Paint colour check : Sapphireberry

Our First Home Tour | www.kevinandamanda.com
Backyard for Aisy Yusrina and other my kid uit :p

..Tq for the tour and visit us again.. :*