Pages

Wednesday, May 15, 2013

01 Rejab 1434H

Pagi-pagi lagi Pok Jack (A. Ipar) & Zag Nuri (Kakak) WhatsApp ajak outing untuk membeli persiapan ke China 23 Mei 2013 nanti. Kami apa lagi on jer. Excited sangat sebab first time nak pergi oversea bercuti. So, antara barng yang nak kena cari

Aisy Yusrina

  • Kasut
  • Stokin
  • Sarung Tangan
  • Mapla
Ibunya
  • Kasut
  • Stokin
  • Blazer
  • Sarung Tangan
  • Topi
Lepas angkut semua barang ke kaunter. Total RM1000. Alamak, gimana ini hehe belum pergi lagi dah habis banyak. Masuk hubby dalam kedai membebel. 2 jam tunggu dalam kereta punya lama. Erk! Lagi terkejut bila tengok harga kasut yang maknya nak pakai tu RM300 lepas off. Ditambah lagi dengan blazer tu RM200. Baru beli dua barang dah RM500. Mahunya tak mengamuk. Sedangkan nak pergi bercuti seminggu jer pun. 


Terleka aku seketika pada tarikh keramat ini. Ya ALLAH sedar tak sedar rupanya sudah setahun usia bidadari kecil itu. Apa khabar kah dia disana? Sejahterakan dia Ya ALLAH pertemukan kami kelak sebagai sebuah keluarga juga. Rasa bersalahku padanya kerana sudah lama aku tidak menziarahi dia. Kuatkan aku Ya ALLAH dalam meniti setiap detik waktu yang berlalu. Biarpun umur ku berbeza, tapi aku tetap rasa sama seperti adanya dia.