Pages

Tuesday, August 16, 2016

RESEPI : TOM YAM THAI ASLI

BAHAN-BAHAN PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.
    5 biji bawang merah. 
    2 biji cili merah. 
    5 biji cili kering. 
    1 inci lengkuas.
    2 batang serai.
    1 sudu udang kering. 
    3 helai daun limau purut. 
    1 inci belacan (yang telah dibakar).
    Gula, garam dan air asam jawa. 
      BAHAN-BAHAN UNTUK SUP TOM YAM THAI ASLI.
        1/4 ekor ayam yang telah dipotong-potong. 
        3 ekor sotong. 
        5 ekor udang (sebaik-baiknya udang yang sederhana besar) 
        1 ulas bawang besar (dipotong enam) 
        5 ulas bawang putih (yang telah diketuk) 
        1 inci lengkuas (yang telah diketuk) 
        2 batang serai (diketuk juga) 
        1/2 batang lobak merah dan bunga kobis. (terpulang kepada apa jenis lain yang ingin anda tambah) 
        1 biji tomato (dibelah empat)
        4 @ 5 helai daun limau purut. 
        1 sudu besar perencah tomyam atau lebih. 
        1 sudu besar sos ikan.
        2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja.
        3 sudu susu cair. 
        cili padi 
        garam 
        daun ketumbar
        Air secukupnya untuk membuat sup.
          CARA-CARA MEMBUAT PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.

          Kisarkan semua baha-bahan di atas dengan air yang sedikit sahaja. Air asam jawa, garam dan gula JANGAN dikisar bersama dengan bahan-bahan di atas. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga baunya naik. Selepas itu boleh lah di masukkan garam, gula dan air asam jawa. Garam dan gula di masukkan sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda.Biarkan semua ramuan tersebut masak secukup rasa hingga menjadi pes. Setelah siap sejukkan dan anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk.

          CARA-CARA MEMBUAT SUP TOM YAM THAI ASLI.

          Rebuskan ayam anda yang telah dipotong tadi dengan air selama beberapa minit. Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih, serai dan lengkuas. Kemudian masukkan udang, sotong, tomato dan semua sayur-sayuran yang terdapat dalam bahan di atas. Akhir sekali masukkan pes tom yam, sos ikan, jus limau nipis dan garam mengikut citarasa anda. Kacau semua bahan tersebut hingga serata semuanya. Setelah ayam empuk dan kesemua bahan telah masak sepenuhnya anda boleh memadamkan api. Akhir sekali barulah di masukkan susu cair dan taburkan daun ketumbar di dalamnya.

          Sunday, April 5, 2015

          13 Hari Bersama 3 Produk TANAMERA Postnatal Care Set


          Seperti mana yang aku ceritakan sebelum ini, aku dah gunakan Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO) dari TANAMERA Postnatal Care Set. Memang sangat smooth dengan kulit. Aku apply dekat bahagian perut bagi menghilangkan garisan-garisan hitam bila dah deliver nanti. Selain tu memang tujuan aku gak nak hilangkan parut akibat operation masa melahirkan anak kedua 3 tahun lepas. Cuma belum cuba untuk selusuh lagi. Inshaa-ALLAH hari ni hari nya.

          Produk kedua pula yang dah aku cuba adalah Brown Formulation Body Soap. Ini merupakan sabun formulasi herbal yang bertindak macam skrub. Pertama kali apply kat tubuh rasa tajam dari skrub sabun. Tapi lepas dah bilas dengan air daki dan lekitan kat badan terus hilang. Kulit jadi cantik dan bersih. Oleh kerana bahan nya terdiri dari herbal semulajadi, lepas dah siap mandi tubuh still rasa hangat dan berpeluh. Sangatlah best kan. Mesti nak mandi jer kerjanya. Ahaks!

          Gambar yang ketiga tu adalah Herbal Massage Oil. Digunakan untuk urutan tubuh. Minyak ni tak panas dan sesuai digunakan untuk baby juga. Masa proses mengurut pun cepat lega sebab selalunya tukang urut mengurut badan pakai tenaga yang kuat hingga meninggalkan rasa sakit pada kulit ditambah pula dengan minyak yang panas menyebabkan kulit jadi merah dan melecet. Minyak ni berbeza selain mengurut juga boleh digunakan untuk tanggalkan kehitaman dibahagian sulit.

          Last cerita aku, hari ni tarikh surat tuk aku serah diri kat HSB. Maksudnya kena beranak secara paksa. So, pagi ni nak kena telan awal-awal Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO). Hope leh deliver normal tanpa dimasukkan air garam tu. Ramai cakap memang sekejap tapi sakit bila laluan dipaksa terbuka. Oh noooo ooo... So, ramai-ramai pakat doakan aku yer! Moga lah selamat turn aku kali ni. ALLAHUMA AAMIIN... 

          Tuesday, March 24, 2015

          Produk Review : TANAMERA Postnatal Care Set

          Sebelum aku review about produk Postnatal Care Set by Tanamera ni aku nak citer sikit about kedudukan kandungan aku sekarang. Actually sekarang ni aku preggy anak yang ke-3. Should be deliver hari sabtu (21 Mac 2015). Masa hari jumaat lepas genap kandungan aku 10 bulan. Tapi my little baby ni masih takde tanda nak keluar. Ini pengalaman pertama mengandung lebih 40 minggu. Kata orang kalau kandungan lebih dari jangkaan maybe anak perempuan.

          Rewind balik kandungan-kandungan lepas. Anak first aku perempuan lahir tepat ikut EDD yang doktor catit kat depan buku merah tu. So, rasanya kalau nak pakai 'kata orang' kurang sesuai kot. Second, baby girl jugak lahir pra-matang (8 bulan) terpaksa operated sebab kandungan aku bermasalah. Masa tu baby aku disahkan mengalami sindrom patau, sejenis sindrom yang berpunca dari radiasi bom atom. Entahlah sukar nak jelaskan sebab semua kuasa ALLAH SWT kan.

          Bercerita tentang produk sebelum ni, aku ada pakai set bersalin Sendayu Tinggi masa lahir anak first. Hasilnya ok tapi aku jenis kurang mengamalkan pemakanan jamu. Yelah time tu aku full breast feed. Mungkin sebab pengambilan jamu pengeluaran air susu berkurangan. Aku pun tak sure yang pasti terpaksa minta bantuan kakak aku yang kebetulan ada anak kecik jugak time tu untuk susukan baby girl aku ni.

          Melahirkan anak kedua pulak secara operated. Baby hidup 7 hari je. Proses berpantang time ni taklah rumit memandangkan aku bebas memilih produk bersalin. Cuma perlu terlebih care sekitar tempat operated tu terutama dari dalam dan luar. Bimbang jahitan terbuka balik. Berpantang waktu ni aku tak pilih mana-mana set bersalin sebaliknya aku ambil produk pelangsingan dari Jamu Ratu Malaya. Ramai orang puji aku kurus. Sukanya ahaks!

          Kandungan ketiga ni pulak aku dah buat keputusan tak nak amalkan produk jamu. Sebaliknya aku mencari produk luaran sahaja. Lepas google aku jumpa this blog redmummy.com kat situ RM ada share tentang produk Postnatal Care Set by Tanamera. Sedikit sebanyak menerujakan aku. Sebab produk ni tak perlu makan cuma dibekalkan dengan teh herba sebagai minuman. So, apa aku tunggu lagi terus gesa en.hubby pegi beli dekat the curve, PJ. I likeeee :)



          10 Item dalam TANAMERA Postnatal Care Set


          1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil - 100ml

          2. Feminine Herbal Wash - 14 Sachets x 10gm

          3. Herbal Bath - 14 Sachets x 10gm

          4. Herbal Massage Oil - 100ml

          5. Firming Herbal Blend Paste - 14 Sachets x 15gm

          6. Abdominal Wrap

          7. Herbal Tea - 14 Sachets x 2gm

          8. Calming Herbal Blend Paste - 4 Sachets x 20gm

          9. Boreh Body Scrub - 4 Sachets 20gm

          10. Brown Formulation Soap - 125gm

          Amacam berbaloi tak dengan harga? Nilailah sendiri. Dalam ni juga dah disediakan buku mini untuk jadual dan penggunaan setiap produk bermula dari hari pertama sehingga 44 hari berikutnya. Yang ni tak perlulah nak risau ikut je apa yang dicatat kat situ.


          Tapi aku dah guna Virgin Coconut Oil tu semalam lagi sebelum seminggu tarikh serah diri kat klinik bersalin. Seriously smooth lepas apply kat bahagian perut. Aku lak time ni mengalami batuk berkahak yang agak kritikal hingga menyebabkan aku buang air kecil tak kira tempat. Tidur pun kurang lena. Lepas apply VCO ni alhamdulillah malam tadi tidur tak terganggu pun dan yang paling best boleh guna untuk diminum juga masa proses kelahiran nanti.

          Ok setakat ni dulu review berkenaan produk TANAMERA Posnatal Care set. To be continue after aku deliver pulak yer!

          Thursday, May 29, 2014

          MINYAK JINTAN HITAM ORGANIK

          RAKAN NIAGA DIPERLUKAN
          HUBUNGI :
          RINA BINTI OMAR
          TEL : +6018-2446 703
          AL-HABBATUS SAUDA' (Nigella Sativa)
          Al-Habbatus Sauda' atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan sejenis tumbuhan seperti rumput kecil dengan ketinggian 20 - 40cm. Mengeluarkan bunga yang berwarna biru muda atau putih dan terdapat didalamnya biji habbatus sauda' bersaiz kecil berwarna hitam atau kelabu kehitaman. Tumbuhan ini banyak di dapati di kawasan mediterranean, afrika, asia dan di kawasan beriklim gurun seperti Mesir, Syria, India dan Turki.
            

          KANDUNGAN KIMIA
          Hasil kajian menunjukan al habbatus sauda' mengandungi lebih daripada 100 bahan kimia seperti minyak meruap, minyak tepu (fixed oil), seperti thymoquinone, p-cymene, asid linoleic (omega-6), asid linolenic (omega-3), asid oleic, asid palmitic, alkaloids, saponin, bahan galian. polisakarida, asid amino dan lain-lain.
           
          KHASIAT AL HABBATUS SAUDA'
          Al-Habbatus Sauda' secara tradisional telah digunakan untuk mengatasi banyak jenis penyakit seperti :
          • menghasilkan kulit muka yang cerah,
          • menghilangkan jerawat,
          • keguguran rambut,
          • membantu merawat batuk yang kronik,
          • asma,
          • kencing manis,
          • tekanan darah tinggi,
          • mengurangkan kolestrol,
          • merawat batu karang,
          • masalah sukar untuk tidur,
          • sakit sakit otot dan sendi,
          • masalah perut,
          • rasa loya,
          • muntah,
          • sakit senggugut,
          • haid,
          • menambah susu badan,
          • pengaliran air liur,
          • merangsang tenaga batin,
          • membantu pemulihan kepenatan,
          • sakit gigi,
          • alahan dan gatal-gatal,
          • cacing,
          • buasir,
          • gout,
          • sakit jantung dan darah gemuruh,
          • resdung,
          • selsema,
          • masalah kemandulan,
          • gastrik,
          • buah pinggang, dan lain-lain.
           
          KAJIAN SAINS TERHADAP AL HABBATUS SAUDA'
          Sains moden telah membantu ramai ahli sains dan penyelidik di seluruh dunia untuk mengkaji minyak dan ekstrak al habbatus sauda'. Hasilnya membuktikan bahawa al habbatus sauda' mujarab untuk banyak penyakit seperti meningkatkan daya tahan penyakit (menahan kedatangan penyakit), menurun kadar gula (kencing manis), menghindar kanser dan berbagai penyakit lagi.

          Sebagai contoh bahan thymoquinone boleh merencat sel-sel kanser.Asid linoleic dan asid oleic pula boleh membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah, sebab utama kepada penyakit darah tinggi, lemah jantung dan beberapa penyakit kronik yang lain.

          Kandungan minyak di dalam al habbatus sauda' boleh memberikan kesan antioksida, antibakteria, antiradang dan sitostatik (antikanser).

          Disebabkan kandungan bahan kimia di dalam al habbatus sauda' yang banyak, membolehkan ia menghalang atau mengatasi berbagai-bagai jenis penyakit tanpa kesan sampingan.
           
          MINYAK AL HABBATUS SAUDA'
          Minyak al habbatus sauda' ini di proses menggunakan teknologi perahan dengan suhu yang rendah (cold press) tidak menjejaskan kandungan asal minyak, seratus peratus asli. Diantara kandungan bahan kimia aktif - minyak meruap : cymene 42.48% (menghindarkan penyakit saraf seperti sengal-sengal tulang). Thymoquinone - 21.49%(untuk mengurangkan kanser). Minyak tidak meruap:asid linoleic (omega 6) - 55.9%, asid oleic - 21.7% (kedua dua bahan ini mengurangkan kolestrol dalam darah dan kolestrol yang mengelilingi jantung, dengan ini menjauhkan seseorang dari serangan jantung, lumpuh dan darah tinggi.

           
          PENYAHTOKSIKAN (ANTIOKSIDAN) - (MEMBUANG KERACUNAN DALAM BADAN)
          • Badan kita perlu dibersihkan dari masa kesemasa untuk ia berfungsi dengan baik.
          • Penyahtoksikan merupakan satu proses metabolic didalam badan untuk menukarkan bahan-bahan beracun atau TOKSIK menjadi bahan kumuhan (buang air kecil, buang air besar dan peluh).
          • Bahan-bahan TOKSIK yang menyerap masuk dalam badan dan juga hasil metabolisma(proses kimia dalam badan dan pembinaan sel-sel baru) akan berkumpul didalam badan dan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti keletihan, stress, sengal-sengal badan, kembung perut membawa kepada penyakit yang lebih kronik lagi seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, barah dan lain-lain lagi.
          • Berbagai-bagai jenis makanan tambahan terdapat dipasaran, sebagai contoh pengambilan minyak Habbatus sauda sama ada berasing atau campuran dengan makanan lain boleh membantu usaha penyahtokiskan.
          Hasil kajian dimakmal menunjukan minyak Habbatus sauda mengandungi nilai ujian SOD (superoxide Scavenging) sebanyak 98.82% dan DPPH Radical Scavenging sebanyak 99.82%. Kedua-dua ujian makmal tersebut menunjukan minyak Habbatus sauda boleh membantu untuk penyaahtoksikan di dalam badan.

          Wednesday, January 8, 2014

          Selamat Tahun Baru 2014


          As salam wbt. Alamak dah seminggu rupanya tahun baru. Sempat lg ke ucap hehe. Terlalu bz last weekend sampai x berkesempatan tuk bg ucapan sepatah 2 kata. Ahaks! Oh ya seperti biasa masuk tahun baru mesti nak kena ada azam kan. Actually azam saya di tahun baru ini selain menjadi 'Isteri Cerdik Yang Solehah', saya juga nak jadi 'Srikandi Islam Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang'. Paling penting sekali saya boleh bebas dari hutang kewangan. Inshaa ALLAH semoga saya terus istiqomah dalam segala urusan.

          Tuesday, November 19, 2013

          Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Kaedah Metafizik

          SUMBER: www.arfayuri.com

          ***Bagi mengekalkan keaslian penerangan yang diberikan oleh penulis (Cik Afra Yuri), saya copy paste semua sekali melalui webnya (alamat seperti di atas). Saya cuma share apa yang saya telah baca di webnya. Harap anda beroleh ilmu dan share pada rakan-rakan yang lain pula. =)

          -----------------
          Seminar yang saya pergi, Workshop Rahsia Tarikh Lahir – Kenali Potensi Diri diasaskan oleh Dr Azizan Osman. Ok who is this guy actually? Let me tell you a little bit about him. Hes DAMN RICH!! Ok relax afra..yela xpasal2 die berlagak kat kiteorg aritu kate porsche die nak keluar that day. Then kekasih pon cerita yang by giving free tix pon (which cost rm30 for registration), he still makes money. Well of course la u buat bisnes mestila u want untung kan? Cube korang darap rm30 dgn audience seramai 2000++, pastu darab 8 for the state hes going besides Malacca.
          This seminar is running throughout the month of July and theres probably NO next year sebab di internet sudah ada org tiru whats he doing xpercaya sila google. Dr Azizan tgk org tu! Haha kidding (afra ko nk ngorat Dr Azizan kan?). God cube u bayangkan this guy trying to organize the same thing Dr Azizan does and it cost almost RM500! Gile hoh. btw harga sebenar seminar ni pon RM495. hehe..oh pandaikan main market? Haha. I rasa this guy punye seminar tak hot da sebab all the info is right on my fingertips bebeh. Plus beribu org dah pergi seminar ini and probably everyone knows the secret of everyone’s birthday kan?
          Sebelum anda lihat penilaian based on tarikh lahir di bawah and go straight to the conclusion by saying that this is a scam atau tilik nasib, well go ahead. Tp I TAHU u dah take a peek from it, stalker!
          The core reason for this seminar is to fully understand our potential, weakness and strength. We are able to fully recognize the character of our childrens, colleagues, friends, etc. Its not that u don’t take note of ur friends behavior for example, the purpose here is, can you manipulate them? Hehe tricky kan? Btw i forgot to add that you can determine from now on what career is suitable for your kids in the future. Because saya sepatutnya amek accountancy dah agak dah dari dulu mmg rase nk amek. (-__-'')
          Mind you that this is called metaphysic approaches where it has been a research over thousand years ago. It recognizes peoples behavior and it has been experimented to billions of people so come on la, accurate dowh! Maybe for some reason u said its not accurate at all (the negativity), ok sebabnya u have change which is good or kamu mmg xnak mengaku. muahahaha. Well itu choice kamu. We can use this input and practice it in our daily lives/career/business so that we can sacked the negativity, improved our ability, cherish our positivity and take advantage of our potential.
          "Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu jika dia tidak berusaha mengubah diri sendiri"

          Let’s get down to business and Hit It!
          STEP 1
          For example my birthday is 19/03/1986. So put it this way:
          AB / CD / EFGH. Please have calculator with you its faster.


          Figure 1: How to calculate

          Figure 2: Result of calculation



          STEP 2

          Look at my number outside the triangle on the left, how do i get 7+5= 3?
          Yes the answer is 12. But 12 is a two digit number. So it is crucial that you bear in mind to change it to one digit.
          12 ---> 1+2= 3
          So the final number is 7+5= 3




          Figure 3: My chassis number (in yellow box)




          STEP 3
          Determine your chassis number. My chassis number is 1-3-1 which i call my code number. So i have the number 1 and 3 like obvious afra.haha. I LOVE my number! In fact Oleen has the same as mine. Tp perangai kami xla sama 100%. Kan kan? hehe. Focus afra people want to know more!
          Ok if you have the same code number mcm 3-3-3, its ok you are normal. Cuma u ada 3 times perangai yang dinyatakan. haha like me, i have two times number 1, so i bijak 2 times. gile perasan! haha. eh beb, itu Dr Azizan ckp k? ;P

          1
          WHO HAS IT? Kekasih, Najla, Zizie, Ita, Oleen, Fira, Ena, Mak mertua
          • Bijak *awww u shouldnt have..*
          • Boleh jadi pemimpin (natural born leader) *i mmg suka pimpin org tua lintas jalan*
          • Tidak suka dengar arahan orang lain *rules are meant to be broken*
          • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus. *erk?*
          • Suka memerhatikan orang *fira suka. sorry terlepas ckp*
          • Kreatif *kiteorg mmg suka gubah bunga*
          • Banyak idea *i rasa kambing patut duduk dlm kandang*
          • Pantang dicabar *cabar la lagi. i suka*
          • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik *hai, saya afra dan saya xsombong*
          • Berdikari *xpayah tolong2 i can do it (berlagak siot)*
          • Positive thinking *saya pasti dpt kerja*
          • Sentiasa nak menang *hoi ni blog aku bukan blog kau!*
          • Keras kepala *kenapa kena mandi petang?*
          • Sangat sentisitif dan suka berdendam *watch out!*
          • Selalu dipijak pijak *aku pijak ko blk*
          • Perfectionist *ada taik gigi x?(malas tgk cermin)*
          • High expectation *chanel 2.55*
          • Terlalu berterus terang *i love my mom and dad*

          2
          WHO HAS IT? Mom, Marina, Mak mertua
          • Mudah keliru
          • Susah buat keputusan 
          • Easy to manipulate
          • Ada kekuatan suara
          • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan
          • Jujur
          • Suka pada kebersihan
          • Tenang
          • Dengar tapi tidak semestinya dia buat 
          • Memahami
          • Mudah bersabar
          • Mudah simpati
          • Mudah memaafkan
          • Tidak tetap dalam membuat keputusan
          • Sangat- sangat emosional
          • High jealousy
          • Boleh dipercayai
          • Pengikut yang bagus
          • Tahap kesabaran yang tinggi

          3
          WHO HAS IT? Mom, Kekasih, Najla, Oleen, Zuret, Ena, Shidan, Bapak mertua
          • Aktif *Jom dating?*
          • Mudah popular *yeka?terharu haha perasan*
          • Menawan semasa muda *ini xbole belah. kembang semangkuk masa Dr Azizan puji*
          • Senang diberi tanggungjawab *hmm*
          • Mudah berkawan, kepoh *sape2 nak kawan sila email*
          • Baran *hoi ini blog...ok u get it*
          • Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna *hmm*
          • Kurang kesabaran *xsabar dah ni nk convo*
          • Peramah *hai saya afra yuri*
          • Nafsu tinggi *erkk*
          • Suka mengikut fesyen terkini *chanel 2.55*
          • Semangat tinggi *chanel 2.55*
          • Kreatif *saya suka mewarna*
          • Artistic *gila xpernah rasa*
          • Egois *u got me here*
          • Suka kritik secara terbuka *bukan kritik tapi tegur*
          • Suka mengawal *ok mengaku*

          4
          WHO HAS IT? Marina, Fira, Mell, Ita
          • Suka merancang
          • Suka mencari ilmu dan belajar
          • Membuat kajian sebelum buat keputusan
          • Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession cuz mereka mahir dalam bidang technical)
          • Bijak
          • Tidak mudah putus asa
          • Sukar simpan wang
          • Rajin. Kerja, etc
          • Keras kepala, susah ubah fikiran
          • Suka bersangka buruk pd org lain
          • Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
          • Suka logik
          • Tidak berani ambil risiko
          • Setia
          • Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

          5
          WHO HAS IT? Dad, Zuret, Ena, Bapak mertua
          • Suka mencari peluang, arah dan direction
          • Workaholic *my dad, fuh sangat*
          • Suka travel
          • Mudah naik pangkat
          • Their motto is "Life is a learning process"
          • Ada genetic degil
          • Adventurous
          • Bertenaga
          • Citarasa tinggi
          • Bernafsu tinggi
          • Bijak
          • Berani ambil risiko
          • Minat berniaga (bisnes minded over gila)
          • Suka shopping dan boros
          • Angin turun naik
          • Suka bertangguh
          • Daya tarikan tinggi (charming)
          • Sexy (If perempuan) *zuret sexy?!wewit wewit haha*

          6
          WHO HAS IT? Mom, Ita, Bapak mertua
          • Mata duitan
          • Suka mengawal wang
          • High taste
          • Kekeluargaan
          • Pendamai dua pihak bertelagah
          • Jujur
          • Penyayang
          • Mengambil berat
          • Tidak pentingkan diri sendiri
          • Menegakkan keadilan
          • Tamak
          • Bijak

          7
          WHO HAS IT? Mak mertua, Mell
          • Love to argue
          • Senang dapat pengikut atau penyokong
          • Senang berkawan
          • Cerewet
          • Popular
          • Suka benda mistik
          • Suka berfalsafah
          • Pendendam
          • Analytical (suka kaji dalam2)
          • Ada kekuatan kerohanian
          • Good instinct
          • Sensitive with surrounding
          • Suka menyendiri
          • Suka berfikir

          8
          WHO HAS IT? Najla, Marina, Fira, Mell, Zizie
          • Bertanggungjawab
          • Boleh dipercayai
          • Pertahankan kawan
          • Keras kepala
          • Suka teratur
          • Suka membantu dan baik hati
          • Mudah simpati hingga tertipu
          • Mudah tertekan, tak reti have fun.*Dr Azizan ckp their face selalu masam jer. yeke?*
          • Instinct hebat, boleh jd bomoh
          • Setia
          • Materialistik
          • Suka kuasa
          • Ambitious

          9
          WHO HAS IT? Dad, Kekasih
          • Good in public relation
          • Senang dapat kawan
          • Suka bergaya kemas
          • Senang menarik hati org tua
          • Bijak
          • Global thinking
          • Penyayang
          • Suka kongsi dan suka memberi
          • Sensitive
          • Ikhlas
          • Romantis *awww i loike*
          • Berbakat
          • Understanding
          • Gentleman (if lelaki)
          • Emosional
          • Jiwang *Ini paling xboleh belah. I smiled to him writing it*
          • Love yang over *tak over lah. bagi la lagi.hehe*



          STEP 4
          If the number inside the green box (Figure 4 below) is the same, in other words the number in the green box is same both left and right, u have "nombor cermin". Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular. Sila lah kembangkan hidung hehe. Means that you are able to be great and successful if you fully use your potential, know your potential and you follow the right direction@system that suits you. Sesiapa yang tidak ada nombor ini jgn gusar, kerana anda juga boleh berjaya.

          Figure 4




          STEP 5
          The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used for combination of the number below. For example i have number 1, 1, 1, 2, 3, 3, 3, 4, 5, 5, 5, 6, 7, 7, 7 and 9.

          And here are the meaning if you have the combination of:

          1 2 3 @ 1 2 *i have*
          • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
          • Boleh ckp laju
          • Kadang2 ckp xserupa bikin/ ckp kosong
          • Suka ckp lepas/suka lawan ckp org
          • Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat@syair whatsoever)
          4 2 6 @ 2 4 *i have*
          • Pandai ceramah dan syarahan
          • Suka share ilmu
          • Boleh jadi motivator

          8 4 3
          • Mudah bosan
          • Banyak angan2
          • Sukar berjaya if not focus
          • Selalu cari peluang baru/kejayaan
          5 7 3 *i have*
          • Senang bergaul dengan vip/atasan
          • Orang atasan senang percaya cakap dia
          • Senang disabotaj, senang sabotaj org
          9 1 1 *i have*
          • Suka berdikari
          • Susah ada partner sendiri dlm syarikat
          • Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
          • Suka buat keputusan sendiri
          • Boleh jd org tengah
          • Mudah berjaya atas usaha sendiri
          • Keras kepala
          • Senang dikhiniati org
          1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6
          Suka fikir dalam2, xsuka share, mudah kecewa, tekanan emosi
          4 5 6 *i have*
          • Bole jd akauntan dan uruskan kewangan (Yeah Dr Azizan ckp pekerjaan sesuai adalah accountant!blurgh lagi)
          • Mudah terlibat dgn rasuah @ penyelewengan wang.
          9 9 9
          Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tmpat dikelilingi pokok
          3 3 3 @ 8 8 8 *i have*
          • Mudah tertekan
          • Panas baran
          • Berpontensi jd org berpengaruh dan berkuasa
          • Pendendam
          • Degil
          • Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!
          4 5 9 *i have*
          Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat
          6 7 *i have*
          Senang belanja org
          1 5 6 *i have*
          Kerja outstation rezeki lebih baik
          1 8 9
          Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan
          8 3
          Suka aktiviti luar rumah, xsuka stay in ofis@rumah
          3 3 6 *i have*
          Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

          7 2 9 @ 2 7 @ 2 5 7 *saya ada dan saya suka yang ini.hehe*

          • Ada pelaris semulajadi
          • Daya tarikan yang tinggi secara semulajadi
          • Menawan
          • Senang dapat penyokong/pengikut
          • Mudah yakinkan orang tetapi mudah teryakin
          • Mudah disabotaj
          • Kawan tidak setia sebab jealous!
          • Hati2 dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us bebeh!
          • Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

          P/S: So which one is yours?

          Thursday, November 7, 2013

          PENGIRAAN WAKTU DHUHA BERDASARKAN FORMULA FALAK

          بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

          اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


          Kepada pengunjung Blog InspirasiRina yang bertanyakan waktu sebenar bermulanya waktu Solat Sunat Dhuha, maka sempena Maal Hijrah ini saya tunaikan permintaan tersebut dengan ditunjukkan cara pengiraan waktu yang paling tepat.
          Sebenarnya waktu Solat Sunat Dhuha boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza sehingga 1 jam diantara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi jadual waktu solat ini ini bolehlah di rujuk berdasarkan Waktu Syuruk pada Takwim Solat dikawasan masing-masing.
          Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari kearah barat.
          Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.

          Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak

          Waktu Selangor

          Contoh :

          Jadual Waktu Solat di Selangor pada 07 November 2013 :
          Waktu Syuruk  =  06:59 pagi
          Waktu Subuh  =  05:40 pagi.

          Waktu Dhuha di Selangor pada hari dinyatakan ialah :
          Waktu Syuruk ( 06:59 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (06:59 pagi – 05:40 pagi = 1 jam 19 Minit @ 79 minit)
          = 06:59 pagi + 1/3 (79 Minit)
          = 06:59 pagi + 26 minit
          07:25 pagi.
          Waktu Dhuha Selangor  ~  Bermula dari pukul  07:25 pagi.

          Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha


          Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuhasehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
          Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, dikala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  ﷺ bersabda :
          “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu diwaktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
          والله أعلم بالصواب
          Wallahu A’lam Bish Shawab
          (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
          .

          وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه