Pages

Wednesday, June 27, 2012

Belasungkawa Aisy Yusrahana

Hujan kat luar lebat.. Dentuman guruh yang kuat.. Terdetik kat hati 'barangkali ada orang meninggal.. Inalillahiwainailaihiroji'un'.. Hari ni hari Rabu.. Sedar tak sedar rupanya sudah 36 hari aku berpantang.. Maksudnya sebulan sudah pemergian dia. Jam menunjukkan waktunya. 'Yer saat ini' detik hati.. Aku tak lepas-lepas melihat jam didinding.. Berdebar-debar hatiku, walhal Hana sudah pergi. 'Ya ALLAH moga aku ketemu dia disana nanti..'

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah kematian menyambungnya semula.. Andai kematian punca perpisahan biarlah hidup memberi erti yang nyata" - HIDUP BIARLAH BERJASA

Tuesday, June 12, 2012

Belajar Dari Bunga Sakura

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah
Hari ini sepatutnya due date sebenar kelahiran Hana dimuka bumi ALLAH ini. Tapi atas qada' dan qadar NYA telah ditetapkan Hana lahir terlebih awal dan awal jugalah dia dijemput pulang. Sedikit ingin Rina kongsikan.. Rina tertarik bila melihat satu bunga ni & setelah search di google Rina jumpa yang rupanya bunga itu ialah bunga kebanggaan jepun, bunga sakura.
Sekilas Tentang Bunga Sakura
BAGI orang Jepun, Sakura merupakan simbol penting yang kerap kali dihubungkan dengan perempuan, kehidupan, dan kematian. Sering juga digunakan sebagai simbol untuk mengeksperesikan ikatan antara manusia, keberanian, kesedihan, dan kegembiraan. Bunga ini juga menjadi metafora untuk ciri-ciri kehidupan yang tidak kekal.
Yang istimewa dari bunga Sakura adalah waktu mekarnya. Bunga ini hanya berkembang selama 1 sampai 2 minggu selama setahun. Bunga Sakura biasanya mekar diawal musim semi, namun waktu mekar bunga ini bervariasi.
Bila tengok bunga-bunga ni teringat pulak filem para-para sakura.
Dan yang boleh dipelajari dari bunga sakura : Biarpun pendek tempoh usianya tapi mampu menjadi sumber inspirasi. Itulah bunga kebanggaan, banyak boleh dipelajari dengan melihat penciptaan langit & bumi, seluruhnya bertasbih memuji kebesaran & keagungan allah. Subhana’ALLAH. Bagi Rina pula biarpun Hana sudah tiada namun semangat dan kekuatannya sentiasa ada dihati dan dalam diri kakaknya Aisy Yusrina.

Monday, June 4, 2012

Sindrom Patau

Sindrom Patau, atau dikenali sebagai Trisomy 13 adalah salah satu penyakit yang meibatkan kromosom, iaitu stuktur yang membawa maklumat genetik seseorang dalam bentuk gene. Sindrom ini berlaku apabila pesakit mempunyai lebih satu kromosom pada pasangan kromosom ke-13 disebabkan oleh tidak berlakunya persilangan antara kromosom semasa proses meiosis. Sesetengahnya pula berlaku disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Lebih satu kromosom pada kromosom yang ke-13 mengganggu pertumbuhan normal bayi serta menyebabkan munculnya tanda-tanda Sindrom Patau. Seperti sindrom-sindrom lain akibat tidak berlakunya persilangan kromosom, contohnya Sindrom Down dan Sindrom Edward, risiko untuk mendapat bayi yang mempunyai Sindrom Patau adalah tinggi pada ibu yang mengandung pada usia yang sudah meningkat.

Sejarah Sindrom Patau
Kali pertama Sindrom Patau ditemui oleh Erasmus Bartholin pada tahun 1657. Oleh itu Trisomy 13 juga dikenali sebagai Sindrom Bartholin-Patau. Namun Trisomy 13 lebih dikenali sebagai Sindrom Patau berbanding Sindrom Bartholin-Patau kerana orang yang menemui penyebab berlakunya Sindrom Patau adalah Dr Klaus Patau. Beliaulah yang menemui kromosom yang lebih pada kromosom ke-13 pada tahun 1960, dan beliau adalah seorang pakar genetik berbangsa Amerika yang dilahirkan di Jerman. Sindrom Patau kali pertama dilaporkan berlaku dalam sebuah puak di Pulau Pasifik. Menurut laporan kejadian tersebut mungkin berpunca dari radiasi yang berlaku akibat ledakan ujian bom atom.

Simptom dan tanda-tanda Sindrom Patau
Kejadian Sindrom Patau adalah lebih kurang 1 kes per 8,000-12,000 kelahiran. Purata jangka hayat bagi kanak-kanak yang mengalami Sindrom Patau ialah lebih kurang 2.5 hari, dengan hanya satu daripada 20 kanak-kanak yang boleh hidup lebih dari 6 bulan. Namun setakat ini tiada laporan menunjukkan ada yang hidup sehingga dewasa.

Abnormaliti yang biasa berlaku pada bayi yang mengalami Sindrom Patau termasuklah:
1. Bibir sumbing
2. Mempunyai lebih jari tangan atau kaki
3. Kepala kecil
4. Mata kecil
5. Abnormaliti pada tulang rangka, jantung dan ginjal
6. Pertumbuhan terbantut

Ulangtahun Perkahwinan ke-3

Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-3 usia perkahwinan kami. Banyak dugaan yang menguji kesabaran, ketabahan, kejujuran, keikhlasan, keimanan dan pelbagai lagi ujian yang bakal aku tempuhi sedikit demi sedikit. Aku harap aku akan tabah dan semakin matang dalam meniti hari-hari mendatang. Alhamdulillah badai kecil semakin hilang perlahan-lahan dan aku sedikit sebanyak dapat menerima biarpun yang pahit tak mungkin dapat ku luah sedang yang manis tidak selalu tiba.

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير 


"Mudah-mudahan ALLAH memberkati bagi kami berdua dan ALLAH berkatkan atas kami daripada langit dan moga-moga ALLAH himpunkan kami sebagai suami isteri dalam kebajikan".


18/05/2012 - Aku kembali ke Hospital Sungai Buloh untuk memenuhi tuntutan temujanji seterusnya. Sekali lagi aku diminta untuk menjalankan pemeriksaan jantung dan scan. Seperti biasa juga aku di advice kan oleh para doktor pakar untuk melakukan operations secepat yang mungkin. Dengan alasan yang sama, degupan jantung baby semakin lemah. Aku sedikit geram, tak cukup dengan aku suami pula dipanggil.

Aku berkeras untuk pulang. Salah seorang doktor mula memarahi aku. Doktor wanita yang juga dikenali sebagai doktor Yusrina. Aku tak menghiraukannya sebab aku yakin dengan ALLAH. Sedang aku seorang ibu. Aku dapat rasakan tendangan aktif anakku. Tak mungkin dia tak bertahan sebab kandungan dah menjangkau 36 minggu. Suami bertekad membawa aku pulang. Kami cukup marah seolah-olah nyawa anakku ditangan mereka.

Sepanjang perjalanan pulang aku cuba untuk mendapatkan nasihat dari ibu. Ibu memujukku untuk membuat operations segera bimbang aku akan membunuh anakku sendiri. Begitu juga dengan jawapan ibu mertua ku. Malam itu juga kedua-dua ibuku datang untuk melihat keadaan aku. Lepas berbincang aku bersetuju untuk melakukan operations pada isnin akan datang. Terus-terang aku katakan saat itu hati aku masih kuat untuk tidak menjalankan pembedahan tersebut.

21/05/2012 - Aku sekali lagi ke Hospital Sungai Buloh. Kali ni aku terus ditahan dan akan dimasukkan ke wad. Keesokkan hari aku akan menjalani pembedahan. Aku sedikit takut, belum pernah aku jalani sebarang pembedahan sebelum ini. Sementara menanti dibawa ke wad, aku mengambil peluang untuk berjumpa dengan keluarga yang menunggu diluar. Anak pertama ku datang mendekati dan mencium pipi ku seolah-olah meminta aku untuk kuat.

22/05/2012, Selasa (01 Rejab 1433H) - Kira-kira jam 10.06AM (waktu Dhuha) aku selamat melahirkan seorang puteri di bulan ALLAH. Syukur alhamdulillah. Tapi, aku tak dengar suaranya pun. Aku tak nampak dia. Mungkinkah.. Aku tak nak fikir bukan-bukan. Insya-ALLAH anak aku selamat. ALLAH Maha Mengetahui. Untuk sementara aku nak rehat sebab kesan ubat bius menyebabkan aku menggeletar kesejukkan.

23/05/2012 - Nurse diminta untuk membawa aku ke NICU dimana anak kecilku diletakkan. Kata doktor aku kena selalu melihat dan berbicara dengan anakku untuk memberi semangat dan kekuatan padanya. Aku kehairanan apa yang berlaku sebenarnya. Aku dibawa pada anakku. Tapi agak kehairanan sebab dia diletakkan meniarap. Tak lama kemudian suamiku menyusul. Tapi aku tak berani untuk bangun dari kerusi roda memandangkan keadaan aku yang masih lemah.

24/05/2012 - Hari ni aku akan keluar dari hospital memandangkan aku semakin sihat. Sebelum tu aku meminta suami membawaku berjumpa dengan puteri keduaku. Aku ingin melihat dia. Tapi kali ini Ya ALLAH tak sunggup untuk aku menatapnya. Keadaannya yang  dipenuhi dengan tiub cukup menyakitkan aku. Itu anak aku.. Aku melihat dia dari dekat. Sedikit sebanyak aku nampak masalah yang dihadapi.


1. Bibir sumbing
2. Mempunyai lebih jari tangan atau kaki
3. Kepala kecil
4. Mata kecil
5. Abnormaliti pada tulang rangka, jantung dan ginjal
6. Pertumbuhan terbantut

25/05/2012 - 26/05/2012 Aku dan suami berulang ke hospital untuk melihat keadaan puteriku. Ibu mertua telah pulang ke kampung semalam. Sementara ibu masih dirumahku untuk menjaga puteri pertamaku. Kata doktor, makin hari Hana (nama manja puteri kedua) makin bergantung kepada oksigen yang maksimum. Doktor bimbang semakin tinggi penggunaan oksigen makin terdedah dia pada jangkitan kuman.

Aku mula kehairanan. Doktor bertanya tentang aku, keturunan aku dan banyak lagi. Isu tentang genetik mula menjadi topik hangat. Kata doktor anak aku menghadapi sindrom abc yang mana belum diketahui namanya. Masih dalam siasatan. Sampel darah aku dan anak diambil dan telah dihantar ke HKL untuk ujian selanjutnya. Menurut doktor Hana tak mungkin dibawa keluar memandangkan keadaannya yang semakin kritikal.

27/05/2012 - 28/05/2012 Aku tak sanggup lagi untuk menatap Hana. Aku tak sanggup melihat penyiksaan keatasnya. Aku sebagai ibu cukup sedih. Hati aku tak cukup kuat untuk terus melihat kesakitannya. Mummy sayang Hana sangat. Mummy tak sanggup kehilangan Hana. Aku hanya mengirimkan susu ku pada suami untuk diberikan pada Hana. Sekurang-kurangnya boleh menghilangkan dahaga dia dan aku tidaklah terlalu terkilan jika kehilangannya nanti.


29/05/2012, Selasa (08 Rejab 1433H) - 3.30PM aku mendapat panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh untuk segera kesana. Aku terus mendail nombor suami dan meminta dia bergegas terus ke hospital. Awfar tiba-tiba mengigau 'tak nak' dengan tangan seolah-olah menghulurkan pada seseorang. Mata terus melihat pada jam di dinding 4.50PM. Ibu menerima panggilan dari suami aku menyatakan Hana sudah tiada. Ya ALLAH.. Seminggu jer KAU pinjamkan dia buatku.


Suami meminta aku bersiap untuk menuntut jenazah. Entah kenapa waktu seolah-olah terhenti. Semuanya menjadi lambat. Aku mengira untuk pulang ke kampung, tapi semua meminta untuk kami uruskan secepatnya disini memandangkan jenazah sudah uzur. Aku akur. Semoga Hana berbahagia disana. Aku Redha dengan ketentuan ALLAH. Dari-NYA kami datang kepada-NYA jua kita akan kembali.

30/05/2012 - Cuaca pagi Rabu agak suram. Aku tidak ikut mereka menghantar jasad Hana kerana keadaan yang masih tidak mengizinkan. Aku mencium jasadnya berulangkali kerana aku tak sempat pegang diapun sepanjang hayatnya. Aku tak berhak untuk menangis kerana Hana milik ALLAH bukan kepunyaan ku. Pergilah anakku kepada pemilik mu. Aku faham kenapa dia keluar tanpa tangisan. Kerana dia tak perlu berjanji dengan ALLAH sebab dia pasti dijemput kembali.

Hujan diluar semakin lebat. Langit semakin suram. Aku kena bertahan. Aku hampir hilang kawalan tatkala itu ALLAH menegurku dengan paluan kilat dan dentuman guruh sekali dilangit. Aku menarik nafas dalam dan menghelakan perlahan-lahan. Hana, mummy pasti kuat. Semangat Hana dan hadirnya Awfar adalah kekuatanku. Insya-ALLAH lepas ni aku akan jadi lebih berani, kuat dan tabah.


01/06/2012 - Selamat Hari Jadi buatku sendiri. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA masih dapat aku bernafas di muka bumi sementara ini. Sedar tak sedar aku sudah menjangkau ke tahun akhir 20-an dan bakal memasuki usia 30 tahun akan datang. Aku kini sudah 29th. Sedikit sebanyak mematangkan aku. Dan sempena hari lahir aku, suami telah ke pejabat pendaftaran untuk menamakan arwah puteri kedua kami Aisy Yusrahana yang telah tenang disana.