Pages

Monday, August 26, 2013

Makanan Seimbang Untuk Kanak² 1-6 Tahun

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan. 

1. Piramid Makanan 

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula 
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang 
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan 
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 

a) Nasi dan gantiannya 
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda. 

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit. 

c) Ikan, daging dan gantiannya 
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka. 

d) Susu dan hasil tenusu 
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. 

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun 

Kumpulan Makanan

Pilihan Satu Sukatan


Bilangan Sukatan Sehari

1 – 3 tahun

4 – 6 tahun

Nasi dan gantiannya

½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi

6

8

Susu

1 gelas

2 – 3

3

Ikan dan gantiannya

½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur

2

2

Sayur-sayuran

2 sudu makan

2

2

Buah-buahan

1 potong atau satu biji

1



2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun 
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung. 

3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun 

Sarapan pagi 
· 1 gelas susu 
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem 

Minum pagi 
· 3 keping biskut 
· ½ gelas minuman bersusu 

Makan tengahari 
· ½ cawan nasi 
· 1 ketul ayam goreng kicap 
· 2 sudu makan sayur 
· Air masak 

Minum petang 
· 1 keping kuih 
· 1 potong buah 
· ½ gelas minuman bersusu 

Makan malam 
· 1 mangkuk mihun sup 

Minum malam 
· 1 gelas susu 


4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun 

Sarapan pagi 
· 1 cawan mihun goreng 
· 1 gelas minuman bersusu 

Minum pagi 
· 3 keping biskut 
· 1 gelas minuman bersusu 

Makan tengahari 
· 1 cawan nasi 
· 1 ketul ayam masak merah 
· 2 sudu makan sayur 
· 1 potong buah-buahan 
· Air masak 

Minum petang 
· 2 keping kuih 
· 1 gelas minuman bersusu 

Makan malam 
· 1 cawan bubur nasi campur ikan 
· Air masak 

Minum malam 
· 1 gelas susu 

Bila anak anda tidak berminat untuk makan….. 

· Tarik minat anak anda terhadap makanan 

· Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu 

· Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan 

· Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan 

· Sediakan makanan yang menarik 

· Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik 

· Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk 

· Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik 

· Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas 

· Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan 

· Elakkan memarahi anak anda semasa makan 

· Jangan ugut anak anda untuk makan 

· Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak 

· Galakkan anak anda makan sendiri 

· Makanlah bersama-sama 

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula. 

Beri makanan ringan yang berkhasiat 

Makanan ringan yang digalakkan 
· Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor 

Makanan ringan yang tidak digalakkan 
· Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap 

Vitamin Tambahan 
· Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan. 

Pengawasan berat badan anak anda 
· Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. 

Penambahan berat badan yang memuaskan 
· Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan. 

Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik 

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan 
· Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera. 

Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran 

Petua 
· Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan. 
· Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan 
· Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
· Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa 
· Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya. 

di petik dari : http://www.anakku.net.my/

No comments:

Post a Comment