Untuk beberapa
bulan saya terpaksa memohon kerja tapi tidak dapat. Teman lelaki meninggalkan
saya! Tidak dapat kerja saya masih boleh terima tapi hubungan ini gagal adalah
sesuatu yang saya tidak bersedia. Emosi saya terganggu tahap ‘gabang’. Saya
sendiri boleh merasai hati terluka teruk. Saya tidak dapat tidur lena sehingga
berbulan-bulan.
Ketika itulah saya
dapat lihat keluarga cukup ambil peduli tentang kesihatan saya. Beberapa kali
juga saya cuba untuk menarik perhatian dia sekali lagi supaya kembali pada saya
semula. Saya lakukan tanpa putus asa. Dalam kata lain saya cukup rapat dengan
adik perempuannya dan dia bertindak sebagai ‘spy’ saya.
Satu hari ‘spy’
saya melaporkan perkara yang cukup menyakitkan dalam hidup saya.
Dia
memberitahu yang teman lelaki saya akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Apa
yang saya dah lakukan? Adakah saya seteruk itu? Saya dah lakukan yang terbaik
untuk kekalkan hubungan. Sampai hari ini, saya masih tidak tahu kenapa dia
tinggalkan saya. Adakah kerana saya gagal untuk dapatkan kerja?
Kakak dan adik
perempuan merupakan penyumbang utama modal perniagaan. Secara automatic mereka dilantik
menjadi rakaniaga. Kami telah meletakkan diri kami sebagai pemilik perniagaan
bersama walaupun modal rendah. Kami memandang tinggi perniagaan kami dimasa
hadapan. Kami bermula dengan produk kesihatan dan kecantikkan.
Kami langsung tidak
tahu tentang akaun, kewangan atau pemasaran. Apa yang kami tahu, kami perlu
lakukan – jual dan masukkan barang baru. Selepas sebulan, kami kekurangan wang untuk
pusingan modal. Pelanggan tetap juga tiada. Akhirnya kami putuskan untuk
berhenti dan jalani hidup seperti sediakala.
Apapun,
saya dapat pelajari melalui pengalaman hidup yang sukar ketika kanak-kanak,
gagal dalam permohonan kerja, gagal pertahankan hubungan dan gagal dalam
perniagaan. Saya mula bertanya dan pertikaikan “Kenapa saya?” Beberapa tahun
berlalu ada seorang bertanyakan saya bagaimana saya melalui semua itu.
Sebenarnya, ketika itu
semua ini tidak mudah untuk saya. Saya ambil yang buruk dan baik serta
pelajarinya semula. Seperti apa yang saya lakukan sekarang. Mungkin sesuatu yang ALLAH S.W.T ingin tunjukkan tapi saya masih belum nampak. Sesuatu yang dipanggil 'hint'. Apa yang perlu saya lakukan adalah share dengan anda bagi mengeluarkan potensi diri sendiri.
