Pages

Thursday, October 3, 2013

PERNIAGAAN “TERCIPTA”

Untuk beberapa bulan saya terpaksa memohon kerja tapi tidak dapat. Teman lelaki meninggalkan saya! Tidak dapat kerja saya masih boleh terima tapi hubungan ini gagal adalah sesuatu yang saya tidak bersedia. Emosi saya terganggu tahap ‘gabang’. Saya sendiri boleh merasai hati terluka teruk. Saya tidak dapat tidur lena sehingga berbulan-bulan.

Ketika itulah saya dapat lihat keluarga cukup ambil peduli tentang kesihatan saya. Beberapa kali juga saya cuba untuk menarik perhatian dia sekali lagi supaya kembali pada saya semula. Saya lakukan tanpa putus asa. Dalam kata lain saya cukup rapat dengan adik perempuannya dan dia bertindak sebagai ‘spy’ saya.
Satu hari ‘spy’ saya melaporkan perkara yang cukup menyakitkan dalam hidup saya. 

Dia memberitahu yang teman lelaki saya akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Apa yang saya dah lakukan? Adakah saya seteruk itu? Saya dah lakukan yang terbaik untuk kekalkan hubungan. Sampai hari ini, saya masih tidak tahu kenapa dia tinggalkan saya. Adakah kerana saya gagal untuk dapatkan kerja?

Kakak dan adik perempuan merupakan penyumbang utama modal perniagaan. Secara automatic mereka dilantik menjadi rakaniaga. Kami telah meletakkan diri kami sebagai pemilik perniagaan bersama walaupun modal rendah. Kami memandang tinggi perniagaan kami dimasa hadapan. Kami bermula dengan produk kesihatan dan kecantikkan.

Kami langsung tidak tahu tentang akaun, kewangan atau pemasaran. Apa yang kami tahu, kami perlu lakukan – jual dan masukkan barang baru. Selepas sebulan, kami kekurangan wang untuk pusingan modal. Pelanggan tetap juga tiada. Akhirnya kami putuskan untuk berhenti dan jalani hidup seperti sediakala.

Apapun, saya dapat pelajari melalui pengalaman hidup yang sukar ketika kanak-kanak, gagal dalam permohonan kerja, gagal pertahankan hubungan dan gagal dalam perniagaan. Saya mula bertanya dan pertikaikan “Kenapa saya?” Beberapa tahun berlalu ada seorang bertanyakan saya bagaimana saya melalui semua itu.

Sebenarnya, ketika itu semua ini tidak mudah untuk saya. Saya ambil yang buruk dan baik serta pelajarinya semula. Seperti apa yang saya lakukan sekarang. Mungkin sesuatu yang ALLAH S.W.T ingin tunjukkan tapi saya masih belum nampak. Sesuatu yang dipanggil 'hint'. Apa yang perlu saya lakukan adalah share dengan anda bagi mengeluarkan potensi diri sendiri.


No comments:

Post a Comment