Pages

Thursday, November 7, 2013

PENGIRAAN WAKTU DHUHA BERDASARKAN FORMULA FALAK

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kepada pengunjung Blog InspirasiRina yang bertanyakan waktu sebenar bermulanya waktu Solat Sunat Dhuha, maka sempena Maal Hijrah ini saya tunaikan permintaan tersebut dengan ditunjukkan cara pengiraan waktu yang paling tepat.
Sebenarnya waktu Solat Sunat Dhuha boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza sehingga 1 jam diantara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi jadual waktu solat ini ini bolehlah di rujuk berdasarkan Waktu Syuruk pada Takwim Solat dikawasan masing-masing.
Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari kearah barat.
Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.

Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak

Waktu Selangor

Contoh :

Jadual Waktu Solat di Selangor pada 07 November 2013 :
Waktu Syuruk  =  06:59 pagi
Waktu Subuh  =  05:40 pagi.

Waktu Dhuha di Selangor pada hari dinyatakan ialah :
Waktu Syuruk ( 06:59 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (06:59 pagi – 05:40 pagi = 1 jam 19 Minit @ 79 minit)
= 06:59 pagi + 1/3 (79 Minit)
= 06:59 pagi + 26 minit
07:25 pagi.
Waktu Dhuha Selangor  ~  Bermula dari pukul  07:25 pagi.

Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha


Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuhasehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, dikala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  ﷺ bersabda :
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu diwaktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

No comments:

Post a Comment