Pages

Tuesday, March 24, 2015

Produk Review : TANAMERA Postnatal Care Set

Sebelum aku review about produk Postnatal Care Set by Tanamera ni aku nak citer sikit about kedudukan kandungan aku sekarang. Actually sekarang ni aku preggy anak yang ke-3. Should be deliver hari sabtu (21 Mac 2015). Masa hari jumaat lepas genap kandungan aku 10 bulan. Tapi my little baby ni masih takde tanda nak keluar. Ini pengalaman pertama mengandung lebih 40 minggu. Kata orang kalau kandungan lebih dari jangkaan maybe anak perempuan.

Rewind balik kandungan-kandungan lepas. Anak first aku perempuan lahir tepat ikut EDD yang doktor catit kat depan buku merah tu. So, rasanya kalau nak pakai 'kata orang' kurang sesuai kot. Second, baby girl jugak lahir pra-matang (8 bulan) terpaksa operated sebab kandungan aku bermasalah. Masa tu baby aku disahkan mengalami sindrom patau, sejenis sindrom yang berpunca dari radiasi bom atom. Entahlah sukar nak jelaskan sebab semua kuasa ALLAH SWT kan.

Bercerita tentang produk sebelum ni, aku ada pakai set bersalin Sendayu Tinggi masa lahir anak first. Hasilnya ok tapi aku jenis kurang mengamalkan pemakanan jamu. Yelah time tu aku full breast feed. Mungkin sebab pengambilan jamu pengeluaran air susu berkurangan. Aku pun tak sure yang pasti terpaksa minta bantuan kakak aku yang kebetulan ada anak kecik jugak time tu untuk susukan baby girl aku ni.

Melahirkan anak kedua pulak secara operated. Baby hidup 7 hari je. Proses berpantang time ni taklah rumit memandangkan aku bebas memilih produk bersalin. Cuma perlu terlebih care sekitar tempat operated tu terutama dari dalam dan luar. Bimbang jahitan terbuka balik. Berpantang waktu ni aku tak pilih mana-mana set bersalin sebaliknya aku ambil produk pelangsingan dari Jamu Ratu Malaya. Ramai orang puji aku kurus. Sukanya ahaks!

Kandungan ketiga ni pulak aku dah buat keputusan tak nak amalkan produk jamu. Sebaliknya aku mencari produk luaran sahaja. Lepas google aku jumpa this blog redmummy.com kat situ RM ada share tentang produk Postnatal Care Set by Tanamera. Sedikit sebanyak menerujakan aku. Sebab produk ni tak perlu makan cuma dibekalkan dengan teh herba sebagai minuman. So, apa aku tunggu lagi terus gesa en.hubby pegi beli dekat the curve, PJ. I likeeee :)



10 Item dalam TANAMERA Postnatal Care Set


1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil - 100ml

2. Feminine Herbal Wash - 14 Sachets x 10gm

3. Herbal Bath - 14 Sachets x 10gm

4. Herbal Massage Oil - 100ml

5. Firming Herbal Blend Paste - 14 Sachets x 15gm

6. Abdominal Wrap

7. Herbal Tea - 14 Sachets x 2gm

8. Calming Herbal Blend Paste - 4 Sachets x 20gm

9. Boreh Body Scrub - 4 Sachets 20gm

10. Brown Formulation Soap - 125gm

Amacam berbaloi tak dengan harga? Nilailah sendiri. Dalam ni juga dah disediakan buku mini untuk jadual dan penggunaan setiap produk bermula dari hari pertama sehingga 44 hari berikutnya. Yang ni tak perlulah nak risau ikut je apa yang dicatat kat situ.


Tapi aku dah guna Virgin Coconut Oil tu semalam lagi sebelum seminggu tarikh serah diri kat klinik bersalin. Seriously smooth lepas apply kat bahagian perut. Aku lak time ni mengalami batuk berkahak yang agak kritikal hingga menyebabkan aku buang air kecil tak kira tempat. Tidur pun kurang lena. Lepas apply VCO ni alhamdulillah malam tadi tidur tak terganggu pun dan yang paling best boleh guna untuk diminum juga masa proses kelahiran nanti.

Ok setakat ni dulu review berkenaan produk TANAMERA Posnatal Care set. To be continue after aku deliver pulak yer!

No comments:

Post a Comment